Buat Duit

Friday, December 30, 2011

Selamat tinggal 2011 , Selamat Datang 2012




Mengira detik hanya beberapa jam untuk kita mengakhiri tahun 2011. Segala memori yang berlalu akan menjadi satu sejarah kenangan. Ada sedih  , ada gembira , ada duka ada suka.

Sedih pula mengingatkan tahun yang berlalu pergi dan tahun baru akan muncul tak lama lagi. Masa cepat sungguh berlalu. Pejam celik pejam celik habis masa seminggu , sebulan dan dah setahun. Orang tua semakin tua. Kanak-kanak akan menjadi remaja, remaja akan menjadi dewasa. Dan seterusnya.

Tahun baru  menjelma bermakna umur juga bertambah. Seperti kata Jamal Abdillah pagi  tadi di Suria FM.  Cukup ke bekalan kita ? Sampai masa kita kan dijemputNya. Kalau ingat lubang kubur memang kecut perut sekejap.

Semoga hari yang mendatang akan membawa sinar bahagia untuk kita semua.

4 comments:

  1. selamat tahun baru!!...
    semoga tahun depan akan menjadi tahun yg lebih baik...:)

    ReplyDelete
  2. Nieda Selamat tahun baru 2012, semoga hidup Nieda sekeluarga akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya : )

    ReplyDelete
  3. Salam Tahun Baru buat Nieda sekeluarga. semoga thn baru ni lbh baik dr thn sebelumnya..insyaAllah:)

    ReplyDelete