27 January 2012

Hari Bertemu Waris 27.1.12

Hari ini mak saya ke Imigresen untuk buat pasport .Dia berhajat nak buat umrah pada bulan 3 nanti.  Bila sampai orang dah penuh. Ikut nombor pukul 3 petang nanti  baru dapat selesai. Di sebabkan hari ini hari Jumaat , kaunter ditutup awal untuk urusan solat Jumaat. Datang balik pukul 2 petang tiket pun dah habis. Kesian . Kena pergi balik di hari lain.

Punyalah ramai orang nak ke luar negara. Sesungguhnya rakyat Malaysia memang banyak duit.

.........................................................................................................................................................

Kisah kedua.

Hari ini RTBK mengadakan Majlis Bertemu Waris bagi murid Tahun 6.  Semua program dan agenda sepanjang tahun ini khas untuk peningkatan UPSR telah dibentangkan kepada ibu bapa.

Hari ini juga murid Tahun 6 telah menerima ibu bapa angkat dari guru-guru untuk memantau perkembangan pendidikan mereka. Sebenarnya program ini  telah diadakan pada tahun lepas lagi.


Pn. Zuliha ( PK HEM) sedang menerima anak angkatnya - Hisyam.


Ibu bapa yang hadir.


Pn. Waahida dan anak angkatnya Amyra . Bapa Amyra disebelah.


Anakanda Izzat dan Abahnya. Anak angkat Pn. Ratana.

Jangan main-main Izzat, Cikgu Ratana ni cheqee. Betul ke eja tu?

Harapan ibu bapa dan sekolah sangat besar .
Jangan hampakan kami  anak didik semua.

4 comments:

  1. bila dah banyak duit orang kita suka melabur bershopping kat luar negara..tu yang sampai tiket flight pun nak kena booking awal2 takut habis huhuhu

    ReplyDelete
  2. Assalam Nieda..alhamdulillah..bersungguh guru2 buat macam2 program untuk kecemerlangan anak didik nya..
    tahniah pada semua guru

    ReplyDelete
  3. imigresen mana yg ramai org tuh!!
    hoho...bila sekolah buat begini guru2 boleh memantau pelajaran anak2 angkat yg terpilih....

    ReplyDelete
  4. seronok je tengok anak2 murid ni kan

    ReplyDelete