Buat Duit

Sunday, January 1, 2012

Kek Karemel

Alamak ! Kek terjongket sikit.

Wah, wah ! hari kedua dah tayang kek karemel pula. Sebenarnya  nak buat kek ini dah lama. Susu cair beli dah dekat sebulan. Susu cair ini kira benda penting juga. Kalau tak ada susu cair , tak  ada karemelnya..

Projek bertangguh ni , bukan sebab apa. Takut tak jadi. Hari tu dah buat  sekali , kek tak naik. Rupa-rupanya putih telur tak cukup kembang. Cara nak buat juga banyak sangat nak ikut. Kalau tak baca betul-betul boleh tersilap step dia. Itu yang buat pening sikit.

 Kek ini juga cerewet. Tak boleh kena air dan dan putih telur pun jangan ada termasuk kuning telur walaupun sedikit nanti tak kembang.

Nasib baik ada pembantu di dapur , Alia yang tolong buat meringue sampai kembang.

Saya juga merujuk banyak resepi supaya lebih faham tentang step-stepnya. Sebenarnya masa memula makan kek ini tiada warna di bahagian bawahnya. Warna asli.  Sejak kebelakangan ini sahaja ramai yang letak warna. Tapi tak apa , nampak lebih cantik dan berseri dengan warna warni berselang seli.

Alahai nampak semua kat belakang tu..huhhu

Namun kek ini kena dibaiki dari segi teksturnya. Setakat nak makan sendiri dah lulus...hihi.

5 comments:

  1. Kak Zai belum pernah buat kek karemel lagi.

    Selamat tahun baru.

    ReplyDelete
  2. HNY nieda!
    comelnya kek... akk ni cuma pro buat kek coklat je coz kek tu je yg slalu dminta famili

    ReplyDelete
  3. saya sukan kek karamel ni sebab kat kafe ada jual..renyah yer nak buat...ingatkan senang!!

    takpe...cuba berkali2 lepas ni mesti akan dapat hasil yg ok...

    ReplyDelete
  4. kek keramel ni ada dalam whishlist 2012, tunggu mode rajin come back : )cantik kek ko tu, mesti sedapkan : )

    ReplyDelete