23 March 2012

Malam Pertama di Surabaya - Part 5


Inilah hotel yang kami tidur  pada mlam pertama. Sangat luas dengan 2 katil besar di setiap bilik. Saya yang tidur berlima tentu terbih selesalah kan. Anak perempuan dua orang tidur dengan Shuhadah anak kawan baik saya. Maknya tak pergi, dia kirim anak saja jalan-jalan dengan kami.

Kawan Ain satu sekolah dulu. Kemudian dia tukar ke MRSM Baling. 
Budak bijak.

Dulu mak dia ikut trip ke Jakarta tahun lepas . Sekarang giliran anak pula.

 Kami berkawan sejak menengah rendah Form 1 sampai dah jadi mak-mak sekarang ni. Persahabatan masih kukuh terjalin. Alhamdullillah.

Eh! panjang umur sungguh sahabat saya ni. Tengah dok menaip entry ni dia telepon pula.

Kisah mak Shuhadah ke Jakarta tahun lepas  ada kat  SINI .

Mereka ni suka melukis objek-objek timbul kat dinding. Satu lagi kat Villa tempat inap kami pada malam kedua pun ada juga.  Nantikan kisah di villa ini nanti nooo!



Di luar bilik disediakan kerusi. Sarapan pagi pun kat sini. Roti, telur 1/2 masak dan kopi ke teh?  Tak ingat dah. Tapi roti dia sedap. Betuk macam kuih akok Terengganu. Dia pakai toaster bentuk macam tu kut.

Bila kami di tengah-tengah antara bilik abang ipar dan bilik anak perempuan. Jadi kalau berebut bilik air , nak telekung , nak ubat gigi...nak macam-macam lagi boleh terus ke sebelah.


Ini pandangan dari hotel kami ke bahagian belakang Warung Bamboo yang kami singgah makan malam. Di bahagian belakang ni ada dibelanya  ayam (dalam sangkar), landak pun dalam sangkar dan ada satu lagi burung ke apa? Tak ingat.

 
Sebelah malam kami keluar lagi . Ke sini. Tempatnya tak jauh dari hotel.
Mulanya saya tak mahu keluar . Nak berehat  di bilik dengan Shauqi. Tapi bertuah sungguh budak ni. Bila tengok semua orang dah hilang meraung dia dalam bilik nak ikut sama. Last-last  pergi jugalah maknya.
Dengan pakai baju tidur (baju batik Terengganu yang sopan itu)  ke sini. Bag tangan dan kamera pun tak bawalah. Gambar ni kamera Kak Ila , biras saya.

Tempat ini macam ala mainan kat Pesta Pulau Pinanglah lebih kurang . Ada bahagian mainan, pasar malam
( dalam kedai kecil)  tapi dipanggil pasar malam, ala-ala I-City tapi kat Shah Alam lagi hebat. Besar di dalamnya tak dapat nak meneroka sampai habis. Lagi pun dah penat. Ada tempat main ski  macam kat luar negara.

Kalau cerita makan angin idea datang berkodi-kodi.


1 comment:

  1. assalam nieda..acik pun ada kawan yang dari sekolah rendah rapat lagi sampai kini..seronok kan..bila kita berkawan dan berkekalan sampai kini

    ReplyDelete