22 March 2012

SURABAYA part 4- Warong Bamboo Lesehan

Makan malam kami di bawa di tempat istimewa.  Makan di sini rasa seronok sebab pemandangan yang di kelilingi dengan flora dan fauna. Sejuk mata memandang. Ada ikan-ikan kap Jepun yang besar-besar kiri ,
 kanan ,depan dan belakang. Ikan sesaja sekeliling , besar -besar pula tu.


Semua orang makan bersila. Tiada kerusi disediakan. Terbina 100 % daripada buluh. Dari papan lantai,  meja,  dan pagarnya .

 Kaki dihulur di bawah meja makan. 
Sementara menunggu makanan sampai budak-budak asyik melayan ikan .

 Macam nilah rupa meja makan di situ. Boleh pandang terus.

Sebenarnya ada banyak bahagian ruang  tempat makan di sediakan di sini. Tiada kipas angin kerana hawa sangat sejuk dan angin bertiup sehingga terasa  baju pun menari-nari sama.


Cik abang saya suruh ambil gambar ni. Cuba bayangkan besarnya saiz buluh yang dijadikan tiang . Berapalah umur buluh tu nak besar macam tu. Mengalahkan tangan cik abang saya pula.

Ini antara menu yang kami order malam tu. Kami order pakai pakej dalam Rp 400 000++ untuk dua meja. Ada lauk 3 jenis , sambal dan ulam   ,nasi dan air lemon panas.14 orang makan tak habis nasi. Berbaloi sungguh.

 Ikan bakar cicah kicap pedas. Mabeless lah. 
Sambal tu rasanya ditumbuk di dalam tembikar tu dan dihantar ke meja kami pun pakai piring tembikar yang sama. Ulam-ulam pun diletak sekali. Dalam mug itu berisi air llemon yang suam-suam. Sangat menyegar anak tekak.

 Alia dan Ain.

Kenapalah muka abahnya macam tu??Sedap sangat ke?

Sebenarnya restoren ini hanya bersebelahan dengan hotel kami menginap pada malam itu.  Dari hotel boleh jengok sebelah. Boleh nampak di bahagian belakang restoren apa yang mereka buat.

Opps!  terpaksa berhenti di sini. Nak uli roti garlic .
Nanti roti merajuk pula.







19 comments:

  1. apa yg istimewa kt surabaya ye....x pernah sampai ke sana lg ni... :))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surabauya kota yg terp;inggir dari Jakarta ,dan Bnadung. Nak shopping senang tak payah berhimpit dgn orang lain.
      Harga pun tak tinggi sangat .

      Delete
  2. assalam nieda..tak boleh tahan bila tengok gambar makanan ni..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Surabaya ni ada kedai yg makanannya tak sedap mungkin menu Madura kut.
      Tapi kat sini sedap.

      Delete
  3. seronoknya .. boleh lah di refer kalau teringin ank ke sana nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba , lain tempat lain pengalamannya.Tak rugi mencuba kan.

      Delete
  4. bestnya nieda, masakan dorang cam kita gak kan. terus perut cik ina lapar bila nengok juadah tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu di sini memang kena dgn anak tekak.

      Delete
  5. uniknya restoran tu..dahlah makanan pun nampak sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik dekorasinya dan sedap makanannya. Terbaiklah kat sini.

      Delete
  6. Salam,
    menarik restoran tu. Nanti pasti sy nk try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rugi singgah sini. Kalau ke sana cubalah.

      Delete
  7. lady suke tempat mcm ni.. tenang, damai.. tp bab2 ikan tu x geli ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya... sambil makan boleh main dengan ikan2.

      Semalam kak Zai tengok tv kebetulan ada cerita tentang masjid Muhammad Cheng Hoo yang Nieda ceritakan tempohari.

      Delete
    2. Saya tak tengok ...tv apa kak zai? Ruginya.

      Delete
  8. bestnya! puas hatikan dpt mkn mknn yg berbaloi mcm ni. :D

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, Kak...

      Insya Allah 2 minggu lagi nak pergi Surabaya...
      kat mana ye restoran ni...menarik, nak cuba gak makan kat situ :)

      Kat mana ye nak cari kain sulam bunga timbul kat sana?

      Terima kasih, Kak :)

      Delete