Susah nak bergambar dengan anak lelaki sorang ni selalu jual mahal. Tetiba tang patung ni dia offerkan diri pula. Dasar budak-budak.
Untuk masuk ke Ladang epal ini dikenakan bayaran Rp 37,000 (kira sendiri unruk nilai RM) Tiada beza antara kanak-kanak atau dewasa. Harga pas masuk adalah sama.
Kami disediakan pekerja sebagai informer ladang tersebut . Ala -ala pemandu pelancong . Dalam group kami ada 3,4 orang yang ikut sekali meneroka ladang ini sambil berjalan kaki.
Pantang nampak patung budak-budak ni mesti suka nak bergambar.
Angin sangat kuat sampai tudung Ain melayang begitu sekali.
Ladang ini terbahagi kepada epal dan strawbery sebagai tanaman utama. Mula-mula kami dibawa melawat ladang strawberi dulu. Setiap seorang dibenarkan memetik 4 biji strawberi yang masak ranum itu. Awal-awal lagi kami diberi setiap seorang plastik untuk mengisi buah-buahan ini.
Buah-buah ini percuma dan boleh dimakan terus . Eh! Basuh dululah. Air pili ada disediakan bagi membersihkan buah yang kita ambil.Bukan main seronok lagi budak-budak ni dapat petik buah sendiri. Mak budak pun seronok jugalah.
Stawberi yang dah matang.
Pemandu pelancong di sini- berbaju batik. Baju batik mereka menjadi pakaian biasa setiap hari dan di mana sahaja.Tak kira umur dan jantina . Bangganya mereka berpakaian batik setiap hari.
Anak beranak tak melepas peluang memetik buah stawberi.
Gorilla pun ada .
Tak lepas peluang juga.
Shuhadah, Alia , Ain dan HAfiz dari ladang strawberi nak ke Ladang epal pula. Di sini ialah laluan ke Ladang epal .Ladang epal dan strawberi di tanam dalam tempat yang sama.
seronoknyaaa kak... hanis agak sibuk banyak entri akak tak terbaca lg nak qada mulai saat ini hehe...
ReplyDeleteQada jgn tak qada hihi...
Deleteassalam nieda..seronoknya dapat petik buah..masam ke manis strawberrynya nieda.
ReplyDeleteTak berapa manislah acik. Mcm kat CH juga. Yg manis tu org Indon letak gula kut.
Deletecameron highland patut buat mcm ni lah..bagi orang petik free..dapat 4 biji pun cukuplah..btw, gambar2 ni mmbuat sy teringin lak nak pegi sana..hihi~
ReplyDelete4 biji sorang pun, bila campur semua ahli keluarga banyak juga.
Deleteseronoknye petik strawbery..
ReplyDeletePengalaman baru bg kami ...best juga .
Deletewah bestnya..kamu gi ikut pakej ker? lepas ni nak gi mana pulak?
ReplyDeleteTak tau lah kak Ina. Kena tengok tiket AA . Kalau murah bolehlah.
DeleteKalau disini masuk byr mahal jugak tp boleh mkn puas2. Sini strawberry makan dgn susu manis.
ReplyDelete