29 March 2012

Restoren baru di R&RTapah....Tu diaa Pak Tam.




Perjalanan balik dari KL tempohari kami singgah di R & R Tapah. Meriah sungguh , orang pun ramai . Maklumlah musim cuti sekolah.

Ada mercu tanda baru  di situ. restoran baru dibuka  mungkin tak sampai sebulan. Kerusi meja masih cantik.
Selepas solat saya pun menuju ke situ. Restoren Tu....dia Pak Tam  mempunyai dekorasi cantik dengan banyak bahagian-bahagiannya.

Ada bhagian minuman ,  nasi dan mee rebus dia pun sedap. Tapi harga agak tinggilah. Mee rebus yang saya makan RM 4.50 dalam mangkuk kertas pakai buang. Mungkin nak jimatkan kos tenaga membasuh maka mangkuk kertas digunakan. Tak payah beli sabun.

Harga minuman saya tak ingat tapi menggunakan cawan pakai buang juga.








 Anak bujang saya  dah makan nasi ayam. ...2 pinggan ko. 

Tak tahulah sebab kapasiti yang diberi sikit atau lapar sangat . Dari Plaza Low Yat sebelumnya  hanya makan donat Big Apple saja.

Dengan kata lain, siap duit saja  , semua boleh.


6 comments:

  1. salam kak.

    baru habis baca citer di surabaya...best2! ni tak malu nak tnya,ada beli lebih ke FM yg cop surabaya tu? kalau ada,jom kita main tukar2.nnti akak reply ye.tq.

    ReplyDelete
  2. Kalau kak Zai pergi arah utara nanti nak singgahlah makan kat tempat ni.

    ReplyDelete
  3. betul tu kak, sediakan duit je semua boleh. hehe..

    ReplyDelete
  4. assalam nieda..acik memang suka sangat singgah ke R&R Tapah..tapi suka beli jambu potong tu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. R&R Tapah hala ke selatan sagt best tempat solatnya .Luas dan cantik dekorasi.Rasa nak berlama2 di situ.

      Delete
  5. Baru beli nasi Doli..Sudan punya campur udang galah besar gila...RM40 seekor..perghhh..bangga org Melayu berniaga camni..syukur..

    ReplyDelete