30 March 2012

SURABAYA Part 7 - Ladang Epal

Macam tak percaya , hari kedua di sana kami nak ke Ladang Epal. Ya, Ladang Epal....Jangan tak percaya. Ladang epal ini terletak di daerah Batu- Malang yang merupakan kawasan tanah tinggi yang berhawa sejuk. maka epal dan tanaman negeri orang putih ini dapat hidup subur.

Abahnya dah masuk kawasan larangan. Tapi buah-buah di situ punyalah lebat berbuah. 
Eh! Tumpang bergambkan  sahaja.

Di sini , kami dibenarkan memetik 2 biji buah epal seorang. Plastik disediakan untuk setiap sorang. Namun semua epal ini berwarna hijau. Teringin nak petik epal merah tapi bukan spesis itu kut yang ditanam.  Semua pokok berbuah hijau walau pun dah cukup matang.

Boleh makan terus. Tapi ...basuh dulu.
Bagus sungguh , kat sini ada disediakan paip air . Jadi kami semua menonong kat situ basuh buah untuk terus makan . Tapi epalnya tak berapa rangup. Macam epal lama. Padahal baru petik . 
Atau memang macam tu??
Tak tahulah. 
Dalam tak rangup pun buah tu yang kena kokak masa lapar dalam coster .Haha...

Bukan senang  perjalanan di Indonesia , tambah-tambah di Surabaya . Jalan rayanya tidak seperti di Jakarta atau Bandung . Di sana kita dihubungkan dengan jalan yang luas dan besar seperti lebuh raya kita .Malah lebih besar lagi. 

Kata Pak Supri, pemandu kami, semakin dekat dengan Jakarta tempat pemerintahan maka kawasan itu akan mendapat perhatian yang lebih baik dari kerajaan.

Dalam bakul ini ada pula epal merah. Sekilo Rp 5000 ye.
Mereka jual dilaluan nak keluar dari ladang epal. 
 
Lepas ni kami dibawa utuk minum dan makan kacang peas.
Percuma ya. Mungkin dah masuk dalam pakej .
Bayaran masuk Rp 37000 sekepala. Kanak-kanak dan dewasa harga sama saja.

Mereka juga menjual yogart berasaskan buah-buahan. 1 botol Rp 3000.
Budak-budak ni pantang tengok , nak saja.


Kami dijamu dengan air jambu batu merah dan kacang peas rebus.
Kacang peas yang kita buat sayur tu...tapi kat Surabaya ini  kami makan biji kacangnya yang besar-besar.

Kami ke Safari pula selepas ini.




4 comments:

  1. bestnya kak.. tengok pokok epal tu je dah rasa gi tmpt org putih..hehe..

    ReplyDelete
  2. kita yg tak pernah jumpa pokok epal mmg teruja gak.

    ReplyDelete
  3. seronoknya tengok buah epal yg lebat berbuah tu...

    ReplyDelete
  4. Apa nama kebon apples nya ni ye?

    ReplyDelete