Buat Duit

Saturday, March 17, 2012

Seronoknya!!

Sebelum balik ke Perak dari Kuala Lumpur  tadi kami  singgah sekejap di Plaza Low Yat. Tujuan untuk tukar skrin komputer yang pecah  gara-gara Si kecik Shauqi yang buat terhempas.

Memang dah plan dari awal masa nak ke Surabaya tempohari nak singgah untuk baiki komputer kesayangan ini. Susah juga dalam masa sebulan ini nak mengupdet blog komputer pula rosak.

Masa pergi ke KL  pada minggu awal cuti dulu, tak sempat  singgah sebab sampai di sana dah malam. Jadi , masa nak balik tadi cuba juga pergi.

Biasalah , hari Sabtu orang punyalah ramai. Ada pula sale di bahagian bawah menjual komputer dan gadgetnya.

Tengah dok tukar skrin yang pecah. Nak tukar skrin tak lama. Nak upgred sofware ambil masa sikit.Pukul 3 petang baru dapat keluar dari Low Yat ni. Kereta pula memang banyak keluar masuk  di sini hari ini.

Ramai juga pekerja warga asing yang cari makan kat sini.Mereka ni pula mahir dalam ICT. Macam Mamat di atas tu.

Dalam dok menunggu komputer siap, dapat tengok budak yang pakai baju biru ni tarik pelanggan. Banyak juga yang dapat jual dalam masa 2-3 jam ni. Budak ini orang Kelantan. Orang Kelantan memang pandai berniaga.


Senangnya hati urusan dapat selesai dan komputer pun dah ok. Bayaran semua RM 310 -skrin dan upgred.
Kalau di Taiping  tukar skrin dikenakan caj RM 500. Jauh beza tu. Alhamdullillah.

2 comments:

  1. assalam nieda..acik yang diseremban ni pun belum sampai low yat..dengar je orang kata murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayak pilihan kedai... , jenama dan semua boleh beli dalam satu tempat sbb tu jadi tumpuan pembeli.

      Delete