18 March 2012

Surabaya - KL- Perak Part 1

Juanda airport , Surabaya


Hari terakhir di Surabaya. Baru sampai di airport untuk berlepas pulang ke Malaysia. Rombongan kami sebenarnya dalam 27 orang dalam 4 keluarga. Kanak-kanak yang lebih ramai dari orang dewasa.  Mereka yang membuatkan suasana jadi riuh. Pening mak-mak nak jaga.

 Macam Shauqi, dalam kapal terbang masa pergi dan balik tak boleh duduk diam. Habis di roundnya . Ke hulu ke hilir . Sekejap nak pergi kat kakak sekejap kat  abang. Orang duduk atas kerusi  ,dia duduk bawah kerusi. Letih pramugari tu asyik suruh pakaikan tali pinggang . Pakaikan sabuk pengaman Bu. Tak makan saman sungguh.

 Ain Nadhirah kena paksa jadi model mak dia.

Masa nak naik kapal terbang ada disediakan bas. Ada 3 bas panjang untuk penumpang Air Asia. Tak payah jalan kaki macam kat LCCT. Kalau di KLIA ada disediakan train. 

 Alia beli coklat di airport. Memang hantu coklat sungguh budak ni.

Shauqi, mak dia dan Dini (anak saudara).


Memandang ke luar meninggalkan Surabaya.


Nak balik dah.

Kenapa pula buat ending pula? Belasah sajalah.




Post a Comment