Sedang menunggu giliran ke 27 dari 28 peserta.
.Aiman Wafi semasa pertandingan Tilawah peringkat Zon Selama.
Tertunai hasrat ibu dan bapa, dalam ramai-ramai adik beradik yang lain dia yang tercalon tahun ini. Walau pun bacaan si kakak lebih baik tapi tak tercalon. Tajwid dan bacaan cantik kata ustazah tempat dia mengaji tapi tak ada rezeki.
Walau pun adik beradik lain berjaya mewakili sekolah di dalam kokurikulum hingga ke negeri tapi tak sama .
Rasa hati lebih gembira dan puas kita ada anak-anak terlibat dalam MTQ dalam tilawah dan hafalzan khasnya.
Walau pun dia tak menang tapi kami cukup merasa gembira. Tahun depan ada rezdeki cuba lagi.
Entry ini juga sebagai kenangan buat Aiman Wafi.Nanti boleh tengok lagi . Mak tok kata macam abah saja.
Sejuk perut ibu mengandung..alhamdulillah
ReplyDelete