01 March 2012
1018
1018 tapi bukan nombor ekor.
Ahad lepas saya ke Imigresen Kulim untuk buat pasport anak perempuan. Bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Jalan pun tak berapa terang lagi . Bila sampai di sana dah siap orang beratur walau pun pintu pejabat tak buka lagi.
Saya terpaksa ke Imigresen Kedah sebab di negeri itu beroperasi pada hari Ahad. Memandangkan anak kedua Ain balik bercuti dari sekolahnya pada minggu tersebut. Akibat bertangguh ke saat akhir terpaksa seberang negeri untuk urusan rasmi macam ni.
Kelebihan bagi kami yang tinggal di sempadan negeri Kedah-Perak ialah , jarak tak berapa jauh nak ke sana tapi makan masa satu jam juga sehala.
Namun malang sungguh terlupa nak bawa surat lahir original walaupun salinannya dah sedia sejak awal. Terpaksa patah balik dan pergi semula.Tetapi bila datang balik mereka dah siapkan pasport tersebut tinggal nak tanda tangan sahaja.
Bila datang kali kedua ni bawa Shauqi sekali untuk tukar gambar pula. Tukar gambar kanak-kanak adalah percuma.
Siap juga urusan hari tu walau pun terpaksa berulang alik
Sekarang asyik tengok kalender sahaja kerjanya . Menghitung hari nak terbang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waaa nak pergi ke mana tu?
ReplyDeleteAgaknya nak ke mana?
ReplyDeleteakak nk g jln mna? bestnyaaa
ReplyDeletenak kemana nieda..mesti jauh tu kan sebab memerlukan pasport.
ReplyDeleteOhh baru tahu..kanak kanak boleh tukar gambar passport for free. Ehemmm...mesti jauh berjalan tu, maklum la tak lama lagi cuti sekolah..
ReplyDeleteSalam Yong, weh nak nyongket lagi. Nyongket-nyongket selagi larat!
ReplyDeletenieda.. bestnya nak jalan2 ye . seronk anak2 nanti.. happy holiday
ReplyDelete