16 April 2012

KOIR RTBK masuk Peringkat Daerah

Budak-budak koir dah siap dengan bow pink.

Perjalanan kami seramai 33orang murid dan 3 orang guru bertolak dengan bas ke SK Palma , Kamunting . Senang sikit , tak payah cikgu lain bawa dengan kereta memasing. 33 orang murid berapa buah kereta boleh muat  ?

Dapat naik bas sukanya budak-budak ni. Jangan zaman saya dulu, senang naik bas susahnya nak merasa naik kereta. Kalau offer anak-anak zaman sekarang nak naik bas vs kereta sure ada yang nak naik bas  punya.


Tang makeup ni tok sah nak katalah...lenguhnya tangan cikgu dok sapu bedak segala. 33 orang nak kena bubuh lipstik  tolak yang lelaki 19 orang. Tu pun kena juga calik sikit bedak kat muka bagi naik seri.

Guru Besar tengah bagi amanat sebelum naik pentas.


Dah start dah , giliran nombor 4.


Diiringi alunan muzik dari Guru Besar kami -YM Raja Zainal Hafiz b Raja Adnan.

Kumpulan tarian. 

Hari ini bukan koir sahaja yang bertanding tapi ada kompang formasi , rekorder, tarian 
 diadakan serentak. Sekolah yang bertanding hari ini adalah mewakili 
zon masing-masing.

Inilah yang ditunggu oleh murid-murid RTBK. Sebab selepas majlis tamat kami terus menuju ke Zoo Taiping untuk bersantap.

Pintu masuk utama Zoo Taiping.

Terowong dari tempat parking ke Zoo.

Sesiapa yang awa ank-anak kecil leih selamat melalui jalan ini , sebab tak payah nak lintas jalan. Tapi bila lalu kut bawah ini bau busuk pula. Mungkin dari air bertakung atau longkang? 

Tengok apa yang ditunjuk tu? Budak-budak kalau pekena KFC senyum sampai telinga.

Sekotak penuh untuk semua termasuk cikgu-cikgi juga.
Selepas makan dan solat zuhur di sini kami pun balik dalam hujan lebat.
Budak-budak ni menang ke kalah ke seronok saja. Bergembira dalam bas sampai selamat sampai ke sekolah semula.


Kumpulan dot, dot dapat tempat pertama dari SKJ (C).


Tahun depan cuba lagi.




7 comments:

  1. Seronoknya...teringat zaman adando masa sekolah rendah dulu...

    ReplyDelete
  2. betul kata nieda..menag kalah adat bertanding..yang penting menyertai..budak2 tentu seronok

    ReplyDelete
  3. masa sekolah dulu, sy paling suka naik bas ramai2 mcm tu..seronok je..

    ReplyDelete
  4. seronok nmpk bdk2. wah dpt kfc lg. hikhik..

    ReplyDelete
  5. amik. guru besar sendiri yg main muzik!

    ReplyDelete
  6. Mesti semangat anak2 murid ni lebih, sbb GB sendiri yang main muzik.. :D

    ReplyDelete