Buat Duit

Thursday, May 31, 2012

Cerita Hadyai lagi


Tomyam putih

Sesampai kami di Hadyai, terus kami dibawa ke Restoren Salma untuk makan tengahari. Tengahari  pun tak macam tengahari dah sebab jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Biasalah kalau travel , bab makan-makan ni selalu terbabas juga.

Kami dijamu dengan tomyamlah sebagai menu utama. Selain tu ada , telur dadar, ayam goreng, sayur kailan ikan masin dan sambal belacan. Licinlah sebab dah lewat makan.


Ayam goreng . Tak tau benda yg berbulu tu ....hihi.



Ini tempat impian nak pergi sekian lama. Kalau nak tengok lagi besar tentunya di Bangkoklah. Namun floating market ini sudah 6 tahun beroperasi di sini. Rupa-rupanya tak adalah panjang sangat orang berniaga dalam perahu.  Namun meriahlah juga. Semakin hari gelap semakin meriah dengan orang ramai membeli  belah.

Jual jeli yang bentuk buah-buahan. Di dalamnya ada rasa kacang hijau.
Dia pakai kayu panjang untuk bagi barang dan ambil wang dari pelanggan.

My room mate (baju biru) dengan  cikgu Shamsiah

Saya tinggalkan kisah Hadyai di sini. Ada lagi cerita tentang Ice Dome, Pantai Samila, Buah gajus yang ori atau tak ori, Nora Plaza tempat barang kulit dan permata  dan lagi, lagi dan lagi.

Tungguuuuu!

 

7 comments:

  1. salam kak,

    tomyam dia lebih kurang rasa kat malaysia la kot ye, sbb ramai tukang masak diorg pun yg dtg berniaga kat sini ;)

    ReplyDelete
  2. wah bestnye...tp menu tu semua dh byk dh kt sni...so xde klainan sgt kot...hihi...cuma yg best tu haaa floating market..sgt teruja mlihatnye...

    ReplyDelete
  3. peehhhhhhhhhh mmg unik cara mereka jual jeli tu..

    ReplyDelete
  4. saya pernah sekali pergi hadyai tp lama dah 2002 dulu. rasanya tak smpt pegi floating market nih. huhu..

    ReplyDelete
  5. Uwuuu jeles ni kak dapat pergi floating markett =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. akakkkkkkkkk!! saya teringin giler nak pegi floating market ni...salah satu impian saya ni...huhu...jelesnya tgk akak dah sampai sini...

      Delete
    2. Seronoknya shopping kat atas air.Kak Zai nak tengok tempat yang menarik lagi mana tahu kalau ada rezeki lebih boleh pergi.

      Delete