03 June 2012

Jalan-jalan je....



Sebelum cerita Hadyai tamat , ada lagi cerita jalan-jalan akan menyusul.
Minggu cuti sekolah, anak-anak sibuk mengajak makan angin pula.
Tak jauh , kami ke  Pantai Timur saja.

Selain bercuti  dapat juga menziarah keluarga.
Pemandangan di sini betul-betul di hadapan perkampungan keluarga mak-mak saudara saya. Namun dalam 3 orang emak saudara saya itu, yang ada sekarang hanya seorang saja , Cik De.
Semasa zaman kecil dulu, bangun pagi kami sepupu-sepupu , terjun laut dulu selepas puas mandi  tu baru balik bersarapan.

Cantik sungguh pemandangan di sini. Pulau Kapas pun boleh nampak dari anjung rumah. Dengan tiupan angin yang menghembus wajah.....wah ! seronoknya.

Indahnya kenangan lama itu. Teringat kembali bila sampai di sini semula.


3 comments:

  1. Part jln2 bukan anak2 aje suka...mak2 pun sama :)
    Kat mana tu akak?

    ReplyDelete