24 May 2012

Tak Bertajuk ......

Esok nak mula bercuti. Semangat weh! Hari pertama cuti sekolah, hari tu dah nak mula berjalan. 3 hari 2 malam  makan angin ke negara jiran.

Tapi  pergi sorang saja dengan izin suami  dengan sorang lagi kawan sekerja - Wani. Anak-anak tak ikut . Kami ikut rombongan sekolah lain yang pergi atas Lawatan Penanda Aras . Ramai , dalam 2 bas.

Yang tak bestnya....pagi-pagi tadi mai sekolah Wani kata suami dia nak ikut. Hilang partner sebilik dan sekerusi ni.

Nak ajak suami saya? Anak-anak tiada orang nak uruskan pula. Mana nak hantar tusyen , nak ambil balik dari asrama dan sebagainya. Turn cik abang berjalan , minggu kedua cuti  pula .   Saya pula ambil alih tugas tu.
Anak-anak dah bawa  makan angin masa cuti bulan 3 , hari tu ke Surabaya .Cerita ada DI SINI.  Lain kali pula jalan ramai-ramai sekeluarga .

Pasrah saja le....nak buat macam mana . Nak cari orang lain pong masa dah suntuk.


Post a Comment