08 June 2012

Bila anak dara mak dah dapat lesen

Memang tak bolehlah duduk sebelah orang lain yang memandu.  Tak kofinden. Kecuali cik abang sendiri atau orang yang dah lama ada lesen.

Nak-nak pula anak sendiri yang baru dapat lesen  bawa kereta.  Walhal kalau nak banding dengan maknya dulu dia  lagi ok kut  . Masa mak mula-mula bawa kereta lah. Masa tu umur dia baru 4-5  tahun kut. Masa  tu baru pergi daftar driving scchool. 

Dah lama juga lesen makkan. Dulu tak faham, kalau cik abang kata lesen lebih tua dari kereta. Maklumlah kereta dah  bertukar 2,3 kali  dah.   Lesen dah lama.

Si Alia ni first time ujian komputer tak pas. Kurang satu markah. Kali kedua pula dapat penuh 50 /50. Hambik kau. Betul semua pula.

Test kereta fail tang parking . Jalan raya ok.  Kali kedua baru lepas .  Untuk lesen motor tak dak hal . Sekali test dah  lulus.

Bertuah badan anak sekarang. asal tunggu SPM , belajar kereta. Mak dulu anak dua baru dapat lesen.
Post a Comment