07 June 2012

Pulau Ko Ya

Dari sini kami menuju ke Pulau Ko Ya untuk membeli gajus.



Tanah besar Songkla dihubungkan dengan Pulau Koya dengan sebuah jambatan . Dari jambatan dapat dilihat pancang-pancang yang menunjukkan kawasan persendirian untuk mendapatkan ikan. Setiap satu kawasan berharga RM 20,000 dan menjadi hak persendirian. Di kawasan itulah mereka mencari rezeki setiap hari.

Nampak tak kayu-kayu ditanam dalam laut tu?

Kat manalah gambar tengah meronda di pasar pagi Hadyai ni?  Dalam handfon pun tak ada, dalam camera pun tak ada. Tak ada gambar tak bestlah nak bercerita.

Seronoknya jamu mata tengok orang membeli belah di waktu pagi . Ada mangga,  bunga -bunga segar, makanan untuk sarapan , dan macam-macam lagi.

Syoknya tengok buah laici , besarnya macam buah amra.Buah yang besar sekilo RM 10, kecik sikit sekilo RM 5. Tapi bila sampai Danok yang saiz besar dah jadi RM 15 sekilo. Nasib baik sempat beli sekilo kat Hadyai dah.

Satu yang jelas bagi rakyat Siam ni , semangat patriotik  mereka sangatlah tebal. Gambar raja dan pemaisuri berada di merat-rata tempat sebesar-besar alam pula tu. Di gedung membeli belah, tepi jalan , di tengah tengah border jalan pun ada.
Mereka sangat menghormati raja mereka. 

Semasa saya dan Kak J berjalan di Pasar pagi  , sambil mengambil gambar, tiba-tiba berkumandang lagu. Bunyi sangat kuat seperti di dalam studium.  Semua orang boleh dengar .

Tangan dok klik , klik . Kaki dok melangkah juga  lagi. Tak perasan semua orang dah berdiri tegak. Hatta peniaga, orang berjalan kaki, kereta  motor semua berhenti.
Mata mereka memandang ke  arah kami.  Rupa-rupanya Lagu Kebangsaan mereka sedang ke udara.
Patutlah semua pakat berdiri tegak.

Waktu pagi juga tok-tok sami keluar  mencari rezeki dengan membawa bakul. Tujuan bakul tu ialah tempat menyimpan makanan yang disedekahkan oleh orang ramai kepada mereka . Bila ada orang memberi makanan , mereka akan mendoakan kepada orang tersebut sebagai balasan atau terima kasih sambil orang tersebut melutut kepada tok sami.


Bila dah sampai Thai harus naik tuk tuk ni. Sorang kena bayar Rm 2  atau  20 bath. Kami naik berdua terus dihantar ke depan hotel. Nak menapak pun boleh juga  sampai tapi pengalaman tu yang mahal.

Harap ada lagi gambar-gambar dari kamera Si Wani dan Galaxy Note Kak J.
Boleh kita kongsi di sini.

3 comments:

  1. mak ai, siap cop & bayar kawasan dlm laut! macam lah ikan2 tu tak geti berenang kat kawasan lain..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak senang je...

      akak gi design - setting - comments -

      pas tu kat situ dia ada tanya show word verification for comments? akak klik NO, pas tu save setting...

      siap!! kalau akak kurang faham, tanya je, saya sudi tolong mana yg saya tau...

      Delete
  2. suka gambar yg ke-3 tu, laut dan langit membiru

    ReplyDelete