04 June 2012

Hadyai - Ice Dome



Sebelum bercerita tentang Trengganu kite, meh kita bercerita tentang percutian Hadyai dulu sampai habis . Nanti ada yang pening. Tukang taip pun boleh pening jugak.

Tempat pertama lawatan selepas tiba di Hadyai ialah Ice Dome.  Selepas makan dan cek in hotel , kami pun mula bergerak untuk lawatan pertama. Bila dah sampai sini, ingat tak mau masuk sebab rasa sayang nak bayar RM 30. Tapi fikir balik bila nak mai pula untuk merasa pengalaman macam ni. Akhirnya bila dah keluar , rasa enjoy pula. Jadi bila dah sampai Hadyai jangan lupa datang  ke sini  untuk merasai pengalaman berbeza. Maklumlah di tempat kita tak ada macam ni.

Memula ingat macam Ice Room kat Malaysia .  Rupa-rupanya  bukan.  Ia lebih kepada ala-ala  meneroka tempat bersalji dan berhawa sejuk. Dalam Ice Dome suhunya ialah 15 C .

Bayaran masuk ialah RM 30  @ 300 baht. Untuk senang ingat duit Siam ni , potong satu digit 0 di belakang tu ( 300 ). 

Sebelum masuk kami semua diberi pakaian tebal berserta dengan  sarung tangan . Memang sejuk keadaan di dalamnya. Terasa sampai ke tulang hitam. Seluar panjang saya hanya kain nipis , memang terasa sangat sejuk dan kebas kaki. Bahagian atas  badan oklah sebab ada baju tebal tapi muka tak bertutup pula. Baru saya tahu sebab tu orang tudung muka dan  tangan bila berada di tempat bersalji. Maklumlah ini pengalaman pertama berada dalam suhu 15C. Sampai kamera pun ada effect sekali ,gambar tak cantik dan sharp.


Masing-masing sibuk pakai baju tebal sebelum masuk ke dalam Ice Dome.

Jangan risau jika datang ke sini tak payah bawa baju tebal sendiri. Memang kita akan dapat sorang satu. Group kami dapat yang berwarna biru. Ada warna kuning dan  hijau. Saya dan Wani dah servey dalam internet tempat ni sebelum datang ke sini. 
Jadi dah tahu serba sikit tempat lawatan ini.

Bahagian belakang baju tebal Ice Dome.


Gelongsor dari atas melalui laluan ais. Laju ni...

Layan gambarlah.













12 comments:

  1. asslm Nieda...kt M'sia pon ade jugak mcm ni...kat iCity klang tu..bhgn dlm lebih kurang cmtu jugak..tiket sorg rm30 klau mlm...siang pula rm26...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau..belum sampai lagi

      Delete
    2. rasenye kat I-city tu macam dah mahal.. dewase rm50 (termasuk kasut baju sarung tangan sume) time luna masuk year 2013/2014.. time luna masuk tu tak ramai.. so boleh la blasah maen gelongsor tu banyak kali.. hehe.. tapi kan.. memang sejuk giler..!! tak tahan nak duduk dalam lame2...

      Delete
  2. Menarik ya tmpt tu bj biru tu cntik pulak tgk hehe...kiutt

    ReplyDelete
  3. wah..syoknya main ice kat hatyai..

    ReplyDelete
  4. menarik ni akak :-)
    p/s: kat dalam tu -15 ke 15 degree??. Kalau 15 lebih kurang sama dgn kat sini sekarang :-)

    ReplyDelete
  5. cuaca panaa sekarang ini memang seronok kalau dapat masuk dalam tu ..

    ReplyDelete
  6. cuaca panas mmg seronok duduk tempat sejuk. lagi best ni kalau ada salji. :D

    ReplyDelete
  7. ahahha..mula2 saya pun igt ianya macam Ice Room !

    I City kat shah alam pun lebih kurang macam ni

    ReplyDelete
  8. Wahhh bestnya tempat tempat sejuk cam ni. Memang rugi kalau gi tempat org tak cuba benda benda yg lain dari yg lain

    ReplyDelete
  9. assalam nieda..nasib baik jadi jugak masuk kan..kalau tidak rasa sayang..

    ReplyDelete
  10. yg tempat konon ada salji kat malaysia ni satu pun saya tak sampai lagi. silap silap sampai ice dome dulu nanti. heheh~

    ReplyDelete