Di Floating Market lagi..........bekas -bekas air ini memang akan dapat terus bila kita membeli minuman . Cantik boleh isi alat tulis, letak bunga pun boleh. Harganya RM 2 -RM 2.50.
Suasana di sini akan lebih meriah bila hari semakin gelap. Orang pun bertambah ramai. Asyik berlaga bahu an bontot saja. Kalau membeli makanan , kita boleh duduk di meja yang disediakan. Tong sampah pun banyak. Jadi sisa plastik dan kertas boleh campak kat situ saja. Jangan campak dalam sungai pula.
Telur puyuh
Dari Floating market kami terus dibawa mkan malam di Restoren Salma.
selepas makan , acara bebas. Apalagi , saya dan teman sebilik meronda sakan satu Hadyai. Meriah sungguh kalau malam minggu. Kedai pun dibuka sampai awal pagi. Kata Rashid Tour Guide kami, meerka berniaga sampai jam 3-4 pagi.
Wah ! malam ni mak pecah rekod. Balik bilik dekat pukul 12 malam.
Tapi tak jumpa orang yang mencurigakan. Yalah , kalau sebut Hadyai ,orang akan kaitkan dengan p*******. mungkin mereka beroperasi di tempat tertentu sahaja.
Udang besar-besar. sekor mau RM 30-Rm40 . Puyuh goreng pun ada, 4 ekor RM 10.
Udang ni memang besar berbanding yang dalam polestrin kat belakang tu.
Seekor udang boleh penuh satu pinggan.
Kak J , teman sebilik hantu jam tangan borong
sampai 3 jam sekali.
Pulut mangga.
Satu bekas RM 5. Tapi isi mangga dia banyak berbanding
yang saya beli kat Giant Kulim hari tu.
Tak terasa penat berjalan. Tengok sana , tengok sini. Sebab malam kut cuaca tak panas. Perut pun dah kenyang lepas diisi. Kami meronda sekitar Hotel Lee Gardens yang kena bom tu.
Masih terdapat sisa kerosakkan tapi sedang dibaiki. Kawasan ini memang kawasan pelancong. Malam minggu memang meriah.
Dah habis survey malam pertama ni , kami pun balik ke bilik .
Tidur le..
Esok ada lagi agenda menunggu.
wahh bertuah akak dpt pergi... saya hanya mampu tgk kat tv dgn kat blog akak je best2...
ReplyDeleteaduhh geramnye tgk udang yg beso2 tu...
ReplyDeleteSedapnya nampak undang goreng besar besar tu...
ReplyDeletetak tau kat Hadyai ada floating Market, ingat ke kat Bangkok je :)
ReplyDeleteBestnya berjalan. Air liur ni meleleh je tengok udang...sedapnyaaaaaaaa
ReplyDeletetime senja diorg bukak tak? atau lepas subuh ke...ada bukak tak? view mesti ohsem kan time tu? hihihi~
ReplyDelete