Lawatan ke Hatyaiwittayalai School merupakan agenda utama kami ke Thai selain daripada Universiti Rajamanggala of Tecnology Srivijaya.
Nama macam adalam novel Awang Mushid pula -Manggala.
Sekolah ini mempunyai 4200 orang pelajar . Guru pula 200 orang dengan guru bangsa asing sebanyak 20 orang. Yang berucap itu ialah pengetuanya yang bergelar Dr.
Setiap hari dimulai dengan perhimpunan pagi selama 1/2 jam. Kelas bermula dari 8.00-4.50 petang.
Setiap jabatan ada guru didiplin sendiri. Paling best guru-guru mempunyai pembantu untuk menolong sekurang-kurangnya membuat bahan bantu mengajar . Namun dapat dilihat murid-murid sangat menghormati guru. Bila berjumpa guru dari jauh dah angkat tangan sawadikap. Murid akan berlutut jika mahu berjumpa guru. Sama macam mereka menghormati raja mereka.
Kami dijamu kuih comel ni dan minuman nescafe panas segera.
Murid-murid ini diberi pakaian seragam percuma sebab tu semua sama. Beg pun free.
Mr John dari Ipoh. Mengajar Bhasa Melayu dan Inggeris.
Semasa ketibaan disambut oleh seorang guru (beruniform )
Puan pengetua dari dekat.
Murid cemerlang akan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan biasiswa .
Setiap tahun guru-guru akan dihantar membuat lawatan ke luar negara ( dari bujet sekolah) untuk melihat perkembangan dunia pendidikan antarabangsa. Tahun lepas seramai 18 guru ke London termasuk Mr John guru dari Malaysia tu.
Bestnya...
bagusnya cara diaorang... banyak pulak duit dia org
ReplyDelete