Buat Duit

Sunday, June 10, 2012

PAU

 
Dari google......teringin nak buat macam ni tapi tak pandai.


Hari ini mengepau....buat kuih pau , sementara anak-anak semua ada sebelum balik ke asrama. Mak-mak ni kalau nak masak mesti ingat kat anak. Kalau berkumpul seronok sikit nak masak , dapat makan sama-sama.


Pau ini ikut resepi CMG, tapi guna inti kacang merah . Ada lagi lebih buat roti  dulu. Beli sekilo boleh berkali -kali  guna . Itu pun ada lagi sikit. Boleh lagi buat roti sekali lagi kut.

Kukus  pun guna periuk nasi elektrik .Bajet nak jimat gas la tuuu.

Tapi ada juga pau yang berkedut. Namun kali ini pau lebih cantik  daripada yang dulu. Uli dengan BM  , mak tak berpeluh sangat lah.  Boleh pergi makan kenduri dulu sementara pau nak naik.

Sapa ada petua nak elak pau berkedut  tu...mai kongsi sikit.



3 comments:

  1. tak penah buat pau la plak..beli jer..hehe..rajin la

    ReplyDelete
  2. awak, pass la sini sikit. saya suke pau tau!

    ReplyDelete
  3. kukus jgn lama kot. kene ikut timer dia yg betul. agaknya la..hehe..

    ReplyDelete