18 June 2012

Pasar pagi di Marang


Jenuh cari parking , sampai kat sini baru ada.  Menapaklah kami ke pasar Marang. Kelihatan Menara tinjau.Boleh namapak Pulau Kapas dari sini.





Pagi Sabtu, pagi pagi terus bersiap laki bini nak pergi ke Pasar pagi di Marang . Bukan apa cik abang saya ni nak cari nasi dagang. Pedahal tuan rumah dah siapkan  nasi dagang kat rumah. Nak makan di kedai  syok sikit sambil jamu mata cara orang Trengganu bersarapang pagi.


Pasar Bandar Marang

Kami makan di kedai depan pasar ini. Puas meninjau lepas satu ke satu kedai, tak ada jual nasi dagang rupanya. Yang ada roti canai, pulut, nasi minyak(nasi kuning), dan laksam. Antara menu yang sempat saya nampak.

Dek kerana tak ada nasi dagang di kedai makan yang kami duduk, saya pun berjalan kaki ke Pasar Bandar Marang tu. Dapatlah beli nasi dagang yang diidamkan.  Suami saya dah cop meja. Alih-alih bila sampai penuh dengan kaum kerabat ni ,tengah menjamu selera. Mereka ni dari KL nak candat sotong. Lalu , duduklah kami bersarapan sekali .

Sebabnya meja  lain semua penuh dengan manusia. Maklumlah cuti...orang Terengganu sendiri pun suka minum pagi kat luar.Campur dengan orang luar yang singgah bertambah-tambahlah ramainya.

Entah dapat ke tidak sotong budak-budak ni...

 View ini di hadapan kedai makan tadi. Cantik....

Saya beli kat makcik ni...sebungkus  2 rial.
Laksam serial.
Saya tibai sebungkus nasi dagang dan sebungkus laksam.

Suami saya , makan lagi sepinggan nasi dagang bila balik dari pasar ni kat rumah sepupu saya.
Berbaloi-baloi .

7 comments:

  1. salam nieda..memang tak sah kalau tak dapat makan nasi dagang bila ke pantai timur kan..

    ReplyDelete
  2. seronok makan2 bila ke tempat org
    tengok suasana pun best jugak

    ReplyDelete
  3. mmg berbaloi2 pon...dh la sedap murah pulak tu..

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau dpt beli kat sini jugak. hehe.. *mood lama giler tak beli mknn kedai.

    ReplyDelete
  5. :) waaahhhh..murahnya..nak pindah ke marang lah kalau macam nih.. :) hahaha

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol sedapnya

    ReplyDelete
  7. kat sini susah nak cari nasi dagang yg sedap :(, buat chik na rindu nak balik KB

    ReplyDelete