Kalau blog kita ada banyak blog list kawan-kawan yang lain, ia salah satu sebab kenapa blog kita akan disinggahi oleh orang lain untuk membacanya. Secara tak langsung pageview kita juga turut meningkat.
Mercu tanda Shamila Beach. Pantai ini terletak di antara
Laut China Selatan dan laut Andaman.
Bergambar di sini adalah wajib kalau kita sudah sampai ke pantai ini. Objek separuh manusia separuh ikan duyung. Ikan duyung ini dibuat daripada tembaga dan berasal dari Belgium .Ia adalah hadiah dari Raja Belgium untuk Raja Siam.
Di sini ada peniaga yang menjual barangan cenderahati seperti FM, keychain, topi, mainan kanak-kanak, air kelapa laut, ais krim dalam kelapa, kelapa bakar, mangga( macam kat Malaysia juga) dan macam-macam lagi.
Penjual juga ada yang boleh berbahasa Melayu dan menerima duit Malaysia juga. Saya membeli air kelapa laut dengan harga RM 2 di sini.
Bagi yang nak membeli barangan cenderahati , di sini adalah lebih murah berbanding di tempat lain. Bayangkan kami membeli 2 set keychain setiap satu ada 10 unit hanya RM 15 sahaja. Kalau satu set harganya RM10.
Topi pula RM 7 berbanding kawan -kawan yang lain membeli di sekitar kawasan hotel yang berharga RM 15. maklumlah teruja nak ke pantai ada yang membeli lebih awal.
Ini bahagian hadapan patung tadi berlatar belakang hotel.
Lokasi Naga Putus
Dari Pantai Shamila kami singgah di sini.
Metosnya, naga ini sangatlah besar . Ekornya pula terletak 3 km dari badannya. Gambar ekor terlepas nak rakam sebab masa tu bas tak berhenti . Kami cuma tengok dari dalam bas sahaja.
Jangan percaya...metos orang Siam saja.
Room mate saya- Cikgu Jaliha. Banyak shooping sampai menang tiket ke Phuket pula.
Nanti saya story macam mana Kak J ni boleh menang.
Free lagi. Bestnya.
Pengetua SMK King Edward (bertopi) Tn Hj Rahsid dan isteri dok tengah pilih kacang gajus.
Kelihatan juga pes tomyam dalam botol . 1 for RM 6.
Dari tempat naga tadi kami terus di bawa ke Ko Ya. Sebuah pulau tapi dihubungkan
dengan jambatan . Sepanjang jambatan kelihatan kawasan yang ditanda dengan buluh -buluh milik perseorangan untuk mendapatkan ikan. Kawasan ini di kenali sebagai Tonle Sap Songkla.
Kedai ini ialah tempat menjual gajus di selatan Thai yng terbesar . Toke kedai ini jugalah yang menjadi pembekal gajus ke Pulau Langkawi, Danok, Bukit Kayu Hitam dan sebagainya.
Sebenarnya gajus adalah pokok yang hanya berbuah setahun sekali sahaja. Namun walau sekali sahaja berbuah tetapi hasilnya boleh diniagakan sepanjang tahun . Sebab itulah harganya tinggi. Dan jangan terkejut ada gajus tiruan. Kerajaan Siam sangat menjaga hasil gajus ini sebagai antara trade mark keluarannya.
Gajus tak ori dapat dikenalpasti dengan melihat saiz dan bentuknya yang sama. Apabila dimakan kita akan rasa gatal tekak. Ia diperbuat daripada tepung , garam dan gula dengan menggunakan acuan. Jadi berhati-hati membeli gajus selepas ini.
Dari sini kami dibawa makan tengahari di Sammi Kitchen . Restoren ini siap ada pelamin lagi. Khas untuk yang nak pasang dua.
Saya stop dulu di sini.
Nanti saya sambung. Insyaallah.
** Banyak pula gambar mak kali ini. Hihik...
lawanya pantai ni... suka sgt gambar yg first tu!
ReplyDeleteBukan senang nak bergambar kat sini . kena panjat batu weh!
Deleteteringin nak ke sana. tapi tak tau bila agaknya..
ReplyDeleteassalam nieda..acik tak tau pun ada gajus buatan guna acuan..macam2 kepandaian orang sekarang ni kan..
ReplyDeleteorg siam ni mmg pandai c&p
Deletexpe mak gmbr byk..sesekali nk glam jugak..hehe...mcm la kt siam ni..spi gajus pon ade yg tiruan yer...bile bca n3 ni spi hbis..tringin pulak nk terbang ke sna...1st nk kt duyung tu..hihi
ReplyDeletekami naik bas aje...sesekali tUKAR SELERA.Seronok laju jalanraya di sana yg lurus .
Deletecuti2 sekolah sampai Siam ya kak Nieda? Best tu!
ReplyDeletehaah , 1st time masuk siam
Deletebestnya member tu dpt hadiah gi Phuket pulak ye...
Deletemmg rezeki betul namanya tu...
akak tak nak buang word verification ke, susah nak komen la...
ReplyDeletebyk kali taip word verification tu, asyik salah je...
Macam mana nak buang ? tolong ajarkan. memang nak buang kalau boleh menyusahkan aje.
Delete