30 July 2012

Alahai ....

Semalam meriah blog akak dengan kunjungan sahabat alam maya. Lebih dari sepuluh orang . Gembiranya blog dilawati oleh rakan blogger. Selalu-selalu pun 5,6 orang saja.

Terima kasih kepada Doc, Kakcik  Seroja,Ibu Hani, Pink Lavender, Makchaq,Hanis, Asmara, Qaseh Honey, Lady Lavender, Rai, Kak Azian  Pelangi Mulus dan Khaty Tuah.

Almaklumlah blog pinggiran. Bajet sedar diri . Mana nak terlawan blog orang terkenal macam Fatin Liyana yang mencecah ratusan pembaca dalam satu masa.

Dalam syok -syok tu pula ada yang tak syoknya hari ni. Tayar kereta meletup pula dah. Tak pernah-pernah lagi dalam sejarah bawa kereta , tayar meletup waktu memandu. Jangan tak percaya. Bunyi kuat sangat tapi bila tengok kut cermin macam tak ada apa-apa yang berlaku. Masuk lopak ke....tapi tak ada lubang pun kat jalan tu.

 Bawa terus kereta sampai kat rumah (  Memang dah dekat dengan rumah masa ni). Bila sampai rumah  tengok tayar sebelah kanan pemandu. Dua-dua ok. Tup-tup bila pandang sebelah belakang kiri ni.........memang dah flet langsung.Nasib baik dah dekat nak sampai rumah. Nasib tak baik jauh pula nak bawa kereta ke kedai tayar.



Alahai , dahlah bulan posa. Macam mana ni?

8 comments:

  1. pada saya..
    biarlah yang mengomen sedikit..
    tetapi yang mengomen tu kita kenal.. membaca apa yang kita tulis ..dan ikhlas dalam mengomen..
    bukan sekadar komen kosong..

    kannn...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan komen akak doc i heart muo itu...heheheee ... ;)

      cik kereta tu pun mahu "kasut" raya baru juga kak nieda :P

      Delete
  2. aduhh nasib baik dh nk smpai rumah ni sis..

    kalu saya sure gelabah jugak dengor bunyi meletop tu..itu le kan..bulan puasa masa pulak terhad..kena pegi tukar/tampal pagi2 ler nmpak nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dah dekat dengan rumah,alhamdulillah tak ada apa2 berlaku.

      Delete
  3. assalam nieda..alhamdulillah sempat sampi kerumah

    ReplyDelete
  4. Jenuhlah ye sekadar tampal atau ganti baru?kalau ganti baru erkkkkk....sakit jugak poket

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah tak jadi apa2 pada akak. Nak kena keluar budget untuk keta pulak lah lepas ni :-)

    ReplyDelete
  6. Kena ganti tu. Nk rayo ni. Nti susah. Nak gi jlnRayo!

    ReplyDelete