Buat Duit

Monday, July 30, 2012

Anggurku berbuah juga

Buah anggur di tanam depan rumah saja.
 Hari tu tak ada rezeki, bila berbuah habis dikebas dengan monyet belakang rumah. 
Kawasan rumah kami memang banyak monyet .
 Boleh tengok monyet-monyet keluar bergayut di wayar letrik.
Macam kat zoo pula. Anak-anak dah tak heran dah sebab selalu dok tengok.



Saiz taklah besar macam kita beli kat kedai. Gamaknya tak berbaja kut. Kecik  comel saja.
Adalah besar jari kelingking. Dah rasa manis  , tapi taklah manis macam anggur Siam pula.


Anggur hijau. Macam mana rasa kalau tanam  anggur hitam noooo....

14 comments:

  1. fuhh..
    macam dok kemeren laahhhh...
    boleh tanam anggur

    ReplyDelete
  2. wahh dh boleh tuai hasil nya..

    kalu anggur hitam sure lg gempak sis..dh macam dok kat eropah gitu heheh

    ReplyDelete
  3. TERUJA baca ni! Tanam sendiri? Manis x?????? Nak cuba jugak! Kena letak bwh tmpt teduh ke???

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnya kak... takyah susah2 beli...petik je kat laman rumah sendiri

    ReplyDelete
  5. sng ke kak poko anggur nak hidup?
    teruja nak tanam lak...ekeke

    ReplyDelete
  6. Makchaq dulu pernah jugak tanam anggur.. Ada buat kenit2 dan masam.. Pakoknya masih ada kat rumah lama.... Tpi tak tau la berbuah lagi ka dak..

    Rumah tu pun monyet bukan main banyak.. Dok buat akrobat atas wayar, curi pisang, rambutan dan trlur ayam... He he

    ReplyDelete
  7. wah, bestnya kak.. kalau sy yg tanam memang x berjagalah anggur tu..sbb malas nak jaga..hehe..

    ReplyDelete
  8. wah kalau rajin boleh komersialkan. hehe..

    ReplyDelete
  9. wah bestnye...kt mne umh tu...bermusim sejuk ker...hehe...tahniah sbb berjaya mnanam anggur tu sehingga berbuah...kalau lebih meh pos ke QH pulak yer...

    ReplyDelete
  10. bestnya tanam anggur kat umah. Lepas ni trylah akak tanam anggur hitam pulak. Kot2 menjadi jugak :-)

    ReplyDelete
  11. bestnya...bila pokok ditanam berbuah...

    ReplyDelete
  12. bestnya boleh tanam anggur...

    ReplyDelete