Buat Duit

Wednesday, July 11, 2012

Makaroni Bakar

 Belum bakar , sedia nak masuk oven.

Petang semalam terasa nak makan makaroni bakar bila  tengok di blog Kak Ida yang tengah sibuk nak buat event minggu ni.

Makaroni masih ada separuh lagi , tapi kena keluar ke kedai juga untuk beli daging kisar pula doh.
Mula masak dah lewat petang , hasilnya 7.30 petang baru boleh makan.

Makaroni ni jadi kesukaan si anak saya  Wafi, siap dia kata  , "makaroni mak buat ni sedap lah ". Sampai bertambah-tambah. 



 Wafi and the geng. Wafi yang tengah.... semangat tu.

 Wafi dan Shauqi di atas Bukit Bendera .

Izzat  , abang pada Wafi dan Shauqi.

Izzat ini pula susah nak suruh makan. memilih pula tu.  Berbeza sungguh cara makan dengan si adik dia.
Dia ni boleh makan , nasi tanpa kuah. Berlauk telur goreng atau ayam goreng seketul  boleh aje dia makan nasi. 

Jangan Wafi, mesti nak kuah sampai banjir pun tak apa. 
Kalau buat cokodok jagung pula...sorang suka ada banyak jagung,  wafi lah. Sorang lagi tak mau jagung. Kalau dah nama cokodok jagung tak ada jagung tak ada maknanya lah.

Hanya mak yang tau selera anak-anak apa yang suka apa yang tak suka.

Eh! Entry hari ni dah lari tajuk .
Belasah aje lah.

7 comments:

  1. Betul tu... mak aje yang lebih arif tentang kegemaran anak2.

    ReplyDelete
  2. tengok org masak bukan main sedap lagi. isk tak lama lagi Ramadhan mmg kene tahan nafsu tengok makanan. hehe..

    ReplyDelete
  3. wafi kenapa tak pakai skaf/tie!!

    heppp!!!!

    ReplyDelete
  4. singgah dari blog kakcik

    nak tanya tu harimau betul ye? berani wafi ye..

    ReplyDelete
  5. ibu mitahli! sedap pulak tgk makaroni tu, haa beraninya bergambar dengan rimau tu

    ReplyDelete
  6. sedapppppnya makorani tu :)
    sungguh terliur

    ReplyDelete
  7. semangat x per janji sihat ye Wafi!

    ReplyDelete