10 July 2012

Shampoo Himalaya




Tercari- cari jenama shampoo yang sesuai , akhirnya saya memilih shampoo jenama ini . Setelah lebih dua bulan menggunakannya  , saya amat berpuas hati dengan hasilnya. 

Jenuh menggoogle saya dapat 2 jenis disyorkan  diblog-blog . Satu Himalaya dan satu lagi Ba Wang yang ada muka Jakie Chan kat botolnya. Tapi masa nak beli tu, Ba Wang tak ada , jadi Himalaya yang saya beli.

Kandungan herbanya serasi dengan kulit rambut saya dan nampak perubahan lebih baik  selepas menggunakannnya. 

Rambut lebih sihat, tidak mudah  gugur  dan semakin hitam.

Sebenarnya , banyak jenis shampoo ini dalam berbagai fungsi tapi saya pilih repair regenaration supaya rambut sihat dan kuat. 



11 comments:

  1. kena cuba jugak la
    last week gi jayen nak beli shampoo tapi promoter tu sibuk ngekor je..suh beli pantene..saya mmg x suka pantene..last2 kuar tangan kosong

    masa tu ada nampak himalaya dan ba wang.terfikir ttg ramai kata bagus.nanti kena beli jugaklah sbb awak kata bagus ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak pakai pantene, rejoice ke
      Akak nak try herba pula.

      Delete
  2. Kak Zai pun punya masaalah rambut, buat masa ini pakai syampoo SebaMeb tapi sebelum tu Selsun Blue.

    ReplyDelete
  3. assalam nieda..acik tak sesuai pulak..rambut jadi keras kejung..pi tanya kat kedai himalaya tu..katanya..kalau guna shampoo himalaya memang rambut keras..guna la minyak untuk melembutkan rambut semula..katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik dgn saya ok. nanti nak kena beli minyak rambut pulalah.

      Delete
    2. saya pun macam acik erna .... tak serasi la kita ngan himalaya tu kak...huhuhuhu...
      rambut gugur banyak sgt smpi macam2 jenis shampoo dah try tak jalan gak....

      Delete
  4. anak akak pun ada beli gak di india..murah dari kat sini

    ReplyDelete
  5. bagus ya kak? Saya pun ada masalah rambut gugur ni... tp mcm nak cuba Bawang je

    ReplyDelete
  6. ooo..bagus ye akak syampu ni?? Dulu2 pernah jgk guna sekejap tapi tak perasan pulak kesannya camana hiihii.

    ReplyDelete
  7. masa k.ani gi india dulu ada jumpa jenama ni dijual kt farmasi airport!

    ReplyDelete