Buat Duit

Tuesday, July 17, 2012

Puasa dah dekat mesti ada serunding dan telur masin.


Datang bulan puasa, serunding ni wajib ada kat rumah. 
Mujurlah  ada orang Kelantan  tolong belikan .
Sekilo RM 60  bagi daging tempatan .
 Kalau daging import RM 50 . 


Apa mimpi tah , tiba-tiba nak buat telur masin sendiri pula.
Dah beli sepuluh biji.  Sebiji 60 sen.
Masa ada aruah tok dulu , rajin dia buat telur masin. 
Bila masuk bulan Rejab mula dah  dia buat telur masin . 
Bila tiba bulan Ramadan dah boleh makan dah . 

Nak buat telur masin senang saja. 
Masak dulu air garam (selalu orang masak air gula....  hihi ). Bila masak cepat sikit garam larut.
Tunggu air garam sejuk. Baru masukkan telur itik yang dah dicuci bersih. 
Masukkan ke dalam balang .Dok diam-diam  dalam balang  tu sebulan dua.

Tunggu air garam sebati dengan telur boleh lah telur direbus buat lauk.
Jangan rebus dulu telur sebelum diasinkan pula tau...


Kita baru terhegeh-hegeh beli telur.
Bilalah dapat makan entah le...
.
Gara-gara musim puasa dah dekat ni....

Dua jenis makanan ini pembuka selera masa nak bersahur.
Tekak saya lah.

Gambar dari google.



9 comments:

  1. sebulan dua??
    raya aji le dapat makan!!!
    :)

    ReplyDelete
  2. mahal jugak eh serunding daging tu..tapi nak bulan puasa ni mudah kalau ada kan..makan masa sahur masa tak dan atau malas nak masak..

    erkk..telur masin tu raya haji la kot baru boleh makan..hehe..

    ReplyDelete
  3. silap info...maklumlah fsttime.....2 minggu dah boleh makan.

    ReplyDelete
  4. salam nieda..kalau nak cepat dapat makan..kawan acik kata..5,5 biji telur tu..diretakkan sikit kulitnya.
    acik kalau bulan puasa tak tau apa yng boleh membuka selera..kalau sahur tu..memang tak lalu nasi..makan roti je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zai pun suka makan telur asin masa bulan puasa,pembuka selera. Nanti nak cuba buat jugalah,terima kasih kongsi.

      Delete
    2. ya, salah satu pembuka selera di bln posa.

      Delete
  5. dah buat jugak stok telur masin utk bulan puasa. senang je kan rendam je telur dlm air garam sebulan InsyaAllah masin la dia. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lauk dah ada ....rebus dan mkn dgn nasi. sedap.

      Delete
  6. Salam Ramadhan Nieda,
    Memang biasa bila Di Malaysia, stok serunding dan telur masin mesti ada.
    Dah puasa ni n tengok your pics, teringin nak makan telur masin ni...harus esok pi cari kat asian groceries stores

    ReplyDelete