Buat Duit

Wednesday, July 18, 2012

Kesian Aina..ayah dah tiada.



Hari ini terkejut dengan kematian bapa salah sorang anak murid di sekolah kami. Serangan jantung. Tak sangka siang tadi mengambil dan menghantar anak ke sekolah . Malam dak tak ada.
Al....Fatihah untuk arwah.

Menangis si Aina , ayah kesayangan dah pergi untuk selamanya. Anak bungsu kesayangan yang memang rapat dengan ayah.

Semalam masih ada ayah , bermesra , bergurau senda tapi malam ni.....dah tiada . Sekelip mata hilang.

Hanya kenangan  bersama ayah di zaman kanak-kanak akan menjadi peneman sehingga  meningkat dewasa. Malah mungkin sampai bila-bila.Akal kekal selamanya.


Sayunya melihat wajah manja Aina yang kehilangan kasih ayah. 

Tambahan lagi beberapa hari nak berpuasa dan kemudian akan menyambut raya, mesti Aina akan rasa kehilangan.

Kuatlah semangat Aina. Hidup mesti diteruskan. Jadilah anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Belajar rajin-rajin . Bahagiakan hati bonda.  Hanya Aina , kakak dan abang harta bonda sekarang.




11 comments:

  1. assalam nieda..salam takziah buat aina..sedih acik baca ni..alftihah buat arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarga aina. Semoga aina tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

      Delete
  2. Al Fatihah..
    Memang benar janji Allah kan..maut akan dtg tanpa kita sangka..

    Semoga Aina tabah...

    ReplyDelete
  3. sedihnya....tambah2 dah dekat nak raya.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah utk arwah dan takziah utk keluarga Aina....semoga Aina tabah dan sabar hadapi semuanya....

    ReplyDelete
  5. al-fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  6. Salam takziah buat Aina sekeluarga dan Al-fatihah buat arwah..kesian dgn anak yatim kehilangan ayah ni.semoga sentiasa dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  7. Al- Fatihah.. moga Aina diberikan kekuatan untuk menghadapinyer...

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah, Saya percaya Aina seorang anak yang cekal dan mampu untuk menghilangkan sayau dihati ibunya. Doaku agar AIna akan terus tabah.

    ReplyDelete
  9. Sedihnya sebak je rasa al fatihah buat arwah

    ReplyDelete