09 August 2012

Nasi ulam

Pernah makan nasi ulam?

Teringin nak makan nasi kerabu tapi  cik abang belikan nasi ulam. Tak apa mak bedal saja.


Nasi ulam popular di sebelah utara. Macam nasi kerabu di  Kelantan dan Terengganu. tapi sekarang orang -orang muda tak pandai makan. Macam anak-anak  saya juga. Kalau nak suruh buat lagi lah tak reti.

Nasi ulam menggunakan daun-daun yang banyak belakang rumah. Rumah kami kampung , kalau rumah sekarang tak ada maknanya.

Daun kadok antaranya digunakan ....yang lain tak ingat. Selain itu sambal lengkuas digunakan sebagai pelengkap untuk digaulkan bersama nasi  dan ulam -ulam yang dihiris halus.

Teringat zaman kanak-kanak saya , nasi ulam menu wajib mesti dibuat 3,4 kali dalam bulan Ramadan. Nenek yang buat dan memang air tangannya mesti sedap. Maklumlah oarang lama. Tapi sekarang  nenek dah tak ada. Teringin nak makan kenalah  beli.

AlFatihah untuk nenda tersayang.


Post a Comment