05 August 2012

Projek maraton kuih raya

Selepas sahur awal pagi tadi  bermula projek kuih raya. Mengambil kesempatan bercuti hujung minggu sama.Dengan belanja kurang dari  RM 100 mmebeli bahan - bahan untuk biskut , kita akan dapat berbalang-balang kuih raya  dengan berbagai jenis biskut yang kita suka.

Sehingga hari ni saja , saya dah dapat 4 jenis biskut/ kuih raya.

1.Semprit.
Kuih ni buat selepas balik terawih  8 rakaat dan 3 witir.Adunan dah disiapkan awal .Jadi lepas balik terus menekan semprit. Saya buat bentuk  panjang bukan yang bentuk bunga.Satu adunan ni, sikit saja (1/2 tupperware ) jadi cepat siap. Ada anak dara yang balik bercuti tolong letakkan 100 thousand sebagai hiasan atas kuih tu.Bila buat waktu malam , mulut sama naik nak merasa.

2. Biskut Mazola.
Wajib buat sebab faberet anak bujang saya- Izzat. Dia boleh kelek tupperware kuih mazolani  ke hulur ke hilir. Biskut ini buat 2 adunan dapat 2 tupperware.

3. Biskut Milo
Buat selepas biskut Mazola siap. 2 adunan juga dengan 2 tupperware penuh.Syok!

4. Agar-agar kering.
Yang ini mak saya yang buat semalam. Belum kering betul. Tapi Shauqi asyik minta nak rasa .Suka sungguh dia makan agar-agar kering ni.

Ada lagi yang menunggu giliran untuk dibuat.

Macam mana tak buat sendiri, sebab saya hantu biskut.
Sikit-sikit tak cukup.
Namun ada juga yang beli pun.
Kuih yang tak pandai nak buat belilah jawabnya.

7 comments:

  1. salam nieda..teringat masa acik muda2 duul.rajin betul buat biskut raya ni sampai berbels2 jenis cik buat

    ReplyDelete
  2. awal akak start maraton ehehe..saya nak start minggu last ramadhan. Buat kuih2 wajib atas permintaan aje kot. Biskut mazola tu camana yea akak . Nanti nak google resepi jugaklah :-)

    ReplyDelete
  3. Kalaulah rumah kita dekat dah tentu kak Zai order kat Nieda aje hehehe....

    Agar2 kering kegemaran anak bongsu kak Zai.

    ReplyDelete
  4. saya suka nama anak bujang awak!!

    ReplyDelete