05 August 2012

Projek maraton kuih raya

Selepas sahur awal pagi tadi  bermula projek kuih raya. Mengambil kesempatan bercuti hujung minggu sama.Dengan belanja kurang dari  RM 100 mmebeli bahan - bahan untuk biskut , kita akan dapat berbalang-balang kuih raya  dengan berbagai jenis biskut yang kita suka.

Sehingga hari ni saja , saya dah dapat 4 jenis biskut/ kuih raya.

1.Semprit.
Kuih ni buat selepas balik terawih  8 rakaat dan 3 witir.Adunan dah disiapkan awal .Jadi lepas balik terus menekan semprit. Saya buat bentuk  panjang bukan yang bentuk bunga.Satu adunan ni, sikit saja (1/2 tupperware ) jadi cepat siap. Ada anak dara yang balik bercuti tolong letakkan 100 thousand sebagai hiasan atas kuih tu.Bila buat waktu malam , mulut sama naik nak merasa.

2. Biskut Mazola.
Wajib buat sebab faberet anak bujang saya- Izzat. Dia boleh kelek tupperware kuih mazolani  ke hulur ke hilir. Biskut ini buat 2 adunan dapat 2 tupperware.

3. Biskut Milo
Buat selepas biskut Mazola siap. 2 adunan juga dengan 2 tupperware penuh.Syok!

4. Agar-agar kering.
Yang ini mak saya yang buat semalam. Belum kering betul. Tapi Shauqi asyik minta nak rasa .Suka sungguh dia makan agar-agar kering ni.

Ada lagi yang menunggu giliran untuk dibuat.

Macam mana tak buat sendiri, sebab saya hantu biskut.
Sikit-sikit tak cukup.
Namun ada juga yang beli pun.
Kuih yang tak pandai nak buat belilah jawabnya.
Post a Comment