Buat Duit

Tuesday, September 11, 2012

Roti Garlic





Memang tak jadi roti bila lama tak buat meroti. Boleh lupa letak gula dalam adunan. Langsung roti jadi bantat, berat dan tak kembang. Gulakan egen penaik  juga selain yis.

Resepi  roti banyak , bila jumpa je resepi roti ambil salin dan simpan masuk buku resepi. Akhirnya bila banyak sangat tak tahu resepi yang mana satu yang dok buat selalu.

Resepi Roti Garlic ini saya nak simpan kat sini , nanti senang cari balik.

Sumber resepi : Rosmarlina @ jintanmanis.com

Roti Garlic

350 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sb gula
2 sudu margerin (saya letak shortening)
3 sb water roux
1 sudu teh esen vanilla
1 bj telur (dikocok dan tinggakkan sedikit untuk glis pada roti)
2 sb yis
1 sb madu
180 ml susu suam /air suam
2 sb susu tepung



Caranya-caranya

1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16 ke 18 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, biarkan selama 7 ke 8 minit.

4. Sedia untuk menggulung, lihat gambar no.1 , kemudian gambar no.2, ambil satu doh dan lipat dua, kemudian runcingkan bahagian hujung seperti gambar no.3,  selepas itu, terap memanjang doh tadi, pastikan tinggal sedikit bahagian pangkalnye, cara terap dan gambar doh boleh rujuk gambar no.4 dan no.5, akhir sekali gulung perlahan dari arah atas sampai hujung dan anda akan dapat rolls yang cantik gulungannye seperti gambar no.6 dan no.7. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan butter rolls naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 1 jam ke 40 minit.
5. Setelah butter rolls naik dua kali ganda, gliss, pemukaannya dengan bancuhan telur dan susu serta madu tadi, dan bakar  pada suhu 180darjah selama 18 ke 20 minit ataupun sehigga permukaan butter rolls perang, setelah masak, angkat dan susun butter rolls di atas redai untuk disejukkan, simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannye, Selamat Mencuba.

8 comments:

  1. assalam nieda..acik memang suka roti garlic..selalu beli..acik tak pernah meroti..tu yang tak berani nak buat walaupun ada resepi

    ReplyDelete
  2. Tapi nampak macam elok je roti tu...

    ReplyDelete
  3. garlic bread..mmg sedap di makan cicah mushroom soup ;)

    ReplyDelete
  4. alahai rajin & pandai akak ni..sy roti sume beli..huhu..x memandai la..

    ReplyDelete
  5. sangat suka makan roti ni... buat memang tak reti..

    ReplyDelete
  6. nampak jadi je kak, yus tak pandai buat roti...huhu

    ReplyDelete
  7. alamak, nape entah nampak 3 je gambar, x nmpk pun sampai 7 gmbr mcm dlm resepi tu. BTW, roti garlic mmg sedap kan kalau makan masa panas2 suam... nom nom nom....

    ReplyDelete