11 October 2012

Icity

Cantiknya lampu berwarna -warni.


Icty ni boleh dikatakan terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian pertama  yang jumpa tempat rumah ais , Skrin besar  dan tempat lapang yang 
berbumbung. Masa kami pergi tu , kami dah lepak kat situ tengok budak-budak main papan beroda kat situ.
 Dah penat nak merayau-rayau . tapi bila ada geng yang call suruh naik ke atas  lagi kami pun bergerak. Sebenarnya seorang guru kena jaga 4-5 orang pelajar.

Yang dimaksudkan kami di sini ialah akak dan 4 orang muridlah. Ahli rombongan lain  masing-masing dah berpecah . Sekali dengan anak-anak sendiri pun tak nampak sebab ikut cikgu lain.



Untuk ke bahagian yang lebih happening itu lalu kut bahagian ini , yang ada tanglung.
Bahagian sebelah sini ada banyak mainan dan boleh naik (apatah orang panggil)benda alah  yang bergerak di atas. Kena bayar . Kebanyakkan permaianan dikenakan RM 5 -RM 10. 



 Budak-budak nilah yang ikut ke hulur kehilir.
Sepatutnya dapat 5 orang . Seorang tarik diri sebab ayah tengah sakit.
Ayah dia dah meninggal minggu lepas. Alfatihah......Tn Hj Madali .


Wafi  ni ikut mak sekejap sebab nak cari tandas.
Lepas tu hilang ikut cikgu dia.

Kami tak masuk pun rumah salji. 
Tak rasa terkilan sangat , hari tu dah masuk kat Hadyai.
Jadilah sekali. Lagi pun boleh nampak suasananya dari luar. 
Cermin transperen.



13 comments:

blog usang said...

bestnya dapat pergi ke Icity

lady lavender said...

teruja tgk pokok2 berlampu cantik tuu...saya balik aritu kononnya nak jgk dtg sini tp sampai ke sudah tak pi. Padahal tak sampai setengah dr umah mak mentua. Balik nanti baru la merasa agaknya..

Dr Singa said...

cantikkk lampu tu..
pandai awak ambik gambar lampu tu

Nieda said...

eh...malulah kena puji dgn pakar kamera ni hihihik

~ yus ~ said...

lawatan sekolah akak ke Icity ya...

Memang cantik lampu2 kat sana.

Nens Collection said...

skali je g icity ni..umah salji pon x masuk..;(

Rai Ourkizuna said...

adeh..icity ni pada saya mahal sangat lah kak utk benda yg cuma boleh tengok2..

mungkin sbb saya ni semekin kot..hihi..

Rozita said...

Memang cantik gambar lampu-lampu tu....puji ikhlas tau !

makchaq said...

Makchaq belum pernah pi lagi sini.. Sebabnya kami anak beranak tak suka jalan malam2.. Kalau ajak pi mana2 semua berkerut je.. malas nak bersiap..

m.u.l.a.n said...

dah lama tak sini... cantiknya...

Acik Erna said...

assalam nieda..kalau dah masuk sini terleka sekejap asik menengok lampu yang cantik..tapi masa acik pegi dulu suraunya tak sempurna ..cuma tumpang bahagian atas kedai yang belum digunakan dan tiada pemisah lelaki dan perempuan..sekarang ni tak tau lah dah lama tak pegi

Nieda said...

Surau ada. tapi kecik sangat dan rasanya bercampur lelaki dan perempuan.

KakNi said...

best nyer dapat pergi icity. saya dah pernah pergi tapi masa zaman belum siap (free entry), masa tu yang ada cuma pokok berlampu jer... tapi kira ok lah tu sebab yang penting nya anak2 suka!