14 October 2012

Mangga



Aik ? Nak tunjuk gambar pokok mangga yang kena takek saja hari. Berkali - kali nak submit tapi gambar tak masuk. Nak letak 3 keping yang lekat satu saja. Last-last masuk juga. Lega. Bercerita tanpa gambar tak berseri entry kan?

Pokok mangga ni sedang ramah berbuah. Banyak sungguh. Bertongkol-tongkol. Pernah  dulu dah berbuah sekali. Kemudian tak berbuah-buah lagi hinggalah ke hari ni.



Sebelum tu, dia dah kena takek dengan tuan dia. Berbuahnya tidak , tapi dahan dan daun lebat sungguh. Jadi sebahagian yang menghalang lalu lalang pun kena potong . Tup-tup tak lama kemudian nampak bunga dah mula keluar . Dan sekarang tuan punya pokok mangga menunggu mangga masak saja. Mangga ni jenis cikonan. 

Benih ni suami beli RM 10 sepokok.

Pagi tadi nampak jatuh kat sini atau orang tolong letak celah dahan? Bagus punya mangga jatuh kat dahan saja.


Betul juga kata orang tua-tua, kalau pokok mangga tak berbuah buat macam ni. Nanti berbuahlah dia.Tapi asalnya bukan nak merajuk dengan dia sampai kena takek .Tapi secara kebetulan saja.

Alhamdullillah lepas tu baru nampak hasil..


Post a Comment