Buat Duit

Sunday, November 18, 2012

30 ...tinggi tu.


Masa wedding Atiqah.

2, 3 hari lepas pergi melawat Atiqah yang baru bersalin . Dah dapat baby dia. Dulu ada entry pasal dia kahwin kat  SINI. Dah 20 hari dah umur baby tu. Atiqah ni anak sepupu ayah. Jadi kami ni 3 pupu .

Kalau zaman aruah tok ada , sepupu pun macam hubungan adik beradik. Selalu berkunjung ziarah menziarahi . Kalau nak berjumpa tak tunggu hari raya.

Kalau lama tak jumpa tok akan ajak ayah pergi melawat rumah pupu-pupu dia atau rumah adik-adik dia . Siap bawa kuih lagi. Kuih pula mesti yang buat sendiri bukan yang beli. Tapi sekarang tu memang tak boleh nak ikut macam masa tok ada. Kekangan masa atau apa tak tahulah. Orang dulu-dulu memang jaga hubungan adik beradik.

Baby Atiqah ni, masa lahir kena demam kuning. Tinggi bacaan dia . Sampai 30. Kena tahan di wadlah jawapnya. Tak pernah lagi dengar budak kena kuning tinggi macam tu. Kena pasang lampu atas bawah masa rawatan. Jadi hitam kulit dia. Tapi nak cepat lega kenalah hadapi juga.Masa saya pergi melawat pun masih gelap kulit dia. Padahal mak pak  dia cerah saja.

Kenapa sekarang ni kalau baby lahir mesti kena kuning? Pemakanan ibu masa mengandung ke atau sebab apa?


9 comments:

  1. sekarang ni macam biasa je baby lahir kena demam kuning.. lepas tu ok insyA... tahniah atiqah dapat baby..

    ReplyDelete
  2. tak boleh nak nafikan baby sekarang lahir ada kuning . yg bezanya tinggi atau rendah bacaannya

    ReplyDelete
  3. assalam nieda..acik pun tertanya2 gak mesti kena kuningkan..sian baby
    tahniah atiqah..

    ReplyDelete
  4. Semoga baby itu segera pulih dari demam kuningnya.

    ReplyDelete
  5. Kuning ( jaundice ) sedikit itu memang biasa, sebab hati bayi belum matang lagi. Kena banyakkan menyusu badan utk cepat hilangkan kuning. Dan ibu yg baru bersalin ni jangan ambil jamu, sebab jamu ialah salah satu punca jaundice. Amalan menjemur baby di bawah cahaya matahari pagi itu adalah mitos, in fact membahayakan baby, sebab UV ray matahari tidak sama dgn ray yg dibekalkan oleh hospital..

    ReplyDelete
  6. tq doc atas info....baru tau kuning sbb hati baby tak matang.

    ReplyDelete
  7. tingginya..anak saya paling tinggi pun 20..tu pun da lampu atas bawah..

    ReplyDelete
  8. Salah seorang anak lelaki kak Zai pernah kena demam kuning yang agak teruk dahlah lahir premature,agak lama tinggal kat hospital.

    ReplyDelete