Buat Duit

Wednesday, January 16, 2013

HCMC - Kenangan yang tak dapat dilupakan.



Sebaik menjejak kami di bumi Veitnam , kena siap botol mineral untuk masuk tandas di  lapangan terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Biasalah tandas kering tanpa air. Kita yang biasa mewah air rasa tak syoklah nak pakai lap-lap saja.Nanti was-was nak solat pula. Keluar dari flight terus rasa nak terkucil .

Ingat , sapa yang nak ke  Vietnam  siaplah botol mineral kosong   semasa di lapangan terbang di sana.

Satu lagi , kenangan kami di sana ialah tiada tempat khas  untuk solat. Makanya , pandai-pandai sendirilah cari tempat sesuai. Masa balik , flight kami dalam pukul 8 malam tapi delay . Dahlah punya awal kami dah sampai  kat airport . Solat zuhur + asar dan maghrib + Isyak kena buat di sini.

Masalah timbul bila nak ambil air sembahyang. Air hanya ada di singki saja. Itu pun ada 4 pili. Cleaner Vietnam ni sangat menjaga tandasnya supaya tak basah . Bila tengok kami masuk dan basahkan lantai , apa lagi membebel-bebel kat kami. Terpaksa nak buat macam mana. Macam darurat pula.

Cleaner ni siap berdiri sebelah saya  masa saya ambil wuduk dengan mulut dok pot pet marahkan saya. Gasak kaulah......aku tak faham dia kata apa.

Berbeza sungguh dengan negara kita. Nak bersolat boleh di mana saja. Shopping Mall, airport, surau , masjid lagilah  berlambak.



Berjemaah di ruang legar tapi kat sini orang tak lalu.Tersorok sikit.


Bangunan yang tinggi dan kurus.
Bangunan ini di hadapan hote kami. Sambil tunggu bas , sempatlah melihat senario kiri kanan hotel.

Sebelah kiri hotel kami ini ,ada sekeluarga  yang tinggal di kaki lima kedai. 
Berniaga gerai kecil menjual makanan. Di situ berniaga di situ juga tempat tidur mereka.
Pagi-pagi anak-anak kecil mereka dah bangun . Main-main tepi jalan raya tu. Kadang -kadang tanpa seluar pun.

 Motor kenderaan utama.
Wanita di sana , walaupun bawa motor tapi berkasut tinggi 4-5 inci ala-ala peragawati .
Rata-rata gadis-gadis di sana memang suka berhigh heel.
Memakai mask (berbagai corak)juga wajib .  Sekali pandang macam bra anak dara sunti. 
Di Malaysia waktu  dilanda penyakit saja tapi di sana sepanjang masa.


Tempat wajib pergi  , Pasar BenThanh .
Kalau pandai tawar menawar membeli di sini ok saja. Tapi mesti tawar 50-70 % dari harga yang disebut. 
Tiada tanda harga susah sikit.


Senario biasa.

 Cantik tersusun. Tak beli pun.

Nak beli kasut tapi saiz kecil. 
Saiz paling besar di sana pun tak boleh pakai.
Tapi  kaki mak saiz 6 je pun. 
Kaki orang Vietnam memang kecil molek sungguh !!!








9 comments:

  1. assalam nieda..memang acik tak kemana2 la jawabnya..bila cerita kena bawak lmineral tu lemah betul

    ReplyDelete
    Replies

    1. NEGARA LAIN MCM SINGAPORE PUN SAMA JUGA

      Delete
  2. KAMI BERSOLAT TEPI TIANG SEBELAH TOILET TU JE ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI PUN TEPI TOILET JUGA TINGKAT ATAS. ORG TAK RAMAI LALU LALANG .

      Delete
  3. Yg sedihnya, kat malaysia mmg mudah & byk tempat solat..Tapi ramai yg tak solat..Ironi kan..

    ReplyDelete
  4. hebat la kak.. kat ruang legar pun boleh jemaah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini group akak , bukan akak.mrk ni adik beradik dan sepupu.

      Delete
  5. Kadang2 malas nak pergi ke negara yang susah untuk mendapatkan keperluan.

    ReplyDelete