07 February 2013

Bukan senang memujuk hati dia.

Ini kisah anak dara saya yang baru mendaftar di Seri Puteri @ SESERI , KL. Kisah dia ada DI SINI.

Bersyukur atas rezeki dia ditempatkan di sini. Hanya dia satu-satunya pelajar lepasan PMR ditempatkan di sini dari sekolahnya yang seramai  84 orang yang berjaya mendapat 8A . Rakan-rakannya lain ditawarkan ke SBP lain antaranya  termasuk 2 orang ke Kolej Tunku Kursiah, STAR, Sekolah Integrasi dan SERATAS.

Namun selepas sehari dua kami balik , dia menelefon sambi menangis-nangis nak balik ke sekolah lama (SMK Taman Tasik , Taiping). Namun selepas dipujuk-pujuk kembali reda .Tapi hari Ahad yang lepas 3 Feb kalau tak silap, (kami di rumah kenduri) panggilan dari dia masuk ke telefon abahnya.

Menangis-nangis beria ( sebelum ni abahnya tak dengar sendiri anak menangis di talian) . Ok , ok abah pergi esok (Isnin la- hari  kerja pula )kata abah  tanpa fikir panjang. Lepas tu baru terfikir bukan senang nak pergi macam tu saja. Dah lah jauh , hari kerja pula.

Malam pula , telepon lagi. Lagi dasyat panggilan menggunakan nombor warden asrama. Ini kes berat dah ni. Padahal masa tu  larangan menggunakan telefon.

Tak boleh duduk sungguh budak ni kat sana. Kami pun pasrah  jika itu takdirnya. Namun kami bagi masa hingga Jumaat ni 8/2/12 untuk jemput dia pulang.

Terus pujuk untuk dia belajar di SESERI sambil diiring doa agar dia selesa di tempat baru. Mujur juga masa agak panjang untuk dia berfikir baik dan buruknya jika dia balik ke tempat asal. Kawan-kawan ramai dah keluar ke SBP dan bila keputusan MRSM keluar 2 hari lepas lagi ramai kawan-kawan meninggalkan  sekolah lamanya.

Alhamdullillah , tadi baru saja dia berjanji untuk kekal di SESERI sehingga dapat tawaran ke MRSM (edisi rayuan) . Adakah rezeki dia di situ? Maknya , hanya mengia sajalah.

Nurain Nadhirah , belajarlah jatuh cinta pada sekolah baru ini. Mungkin ada hikmahnya Ain terpilih  ke sini.
Tiada buruknya  malah sebuah sekolah yang berbudi . Tak kenal maka tak cinta. Semoga Ain tenang di sini dan dapat belajar dengan baik mengejar cita-cita.

* betapa hati ibu bila mendengar anak menangis  dari jauh. Kalau dekat dah lama mak pergi ziarah. Harap-harap dia ok selepas ni.






10 comments:

  1. tak sabar nak peluk Ain esok.

    ReplyDelete
  2. Sedih pulak k.ani bc entry nieda ni. Semua ibu2 akan rs sedih bila saat2 mcm ni. Dulu ms Huda form 1, dia dpt masuk Sek. Agama Pedas dulu. Pun nangis2 mcm ni. Tiap2 hr call smpi kami gi tgk dia tiap2 minggu. Kami pujuk jugak, kata kalau dia dpt asrama yg lbh baik kami akan masukkan kesana. Kalau x stay jer kt SAP sbb kami mahu dia bljr dlm suasana pembelajaran yg terbaik n dikelilingi org2 yg sama taraf pembelajarannya. Utk kebaikan n ms depan yg baik. Krn persekolahan diambil kira semasa memilih U n kerjaya

    Bulan ke4 di SAP tu dia ditawarkan ke MRSM Kuala Kubu Bharu tp ditmptkn di MRSM Chenderoh dahulu sehingga form 2 sbb MRSM KKB x siap lg ms tu. Huda pilih MRSM. Kami bg kata dua, MRSM KKB lebih jauh dr SAP yg cuma di Rembau. Dia kena jd lebih kuat n tabah dr segi fizikal n mental krn berjauhan dgn keluarga adalah 1 dr onak2 yg harus dilalui dlm hidup yg boleh menguatkn n mematangkn seseorg. Duduk asrama x bererti kita x akan jd rapat dgn anak2. Kalau kita pandai menggunakan waktu (quality time) sekali sekala berjumpa akan lebih mengeratkn lg hubungan kekeluargaan dr duduk bersama tp tdk ada ada kominikasi yg baik dgn mereka.

    Anak2 x nmpk apa yg kita mahu bg pd mrk buat masa ni. Krn mrk masih muda. Kita yg harus bimbing n tunjukkn pd mrk. Bg tahu apa yg terbaik yg kita nak bg pd mrk. Insyaallah mrk akan menghargainya. Kalau bukan skrg tp lmbt laun.Tiba2 rs nak buat entry pasal pengalaman k.ani pulak......sabar ye nieda! Dgn anak2 kn byk berlembut n bersabar! Smoga semuannya berjln dgn baik dlm keredhaan Allah SWT jua.

    ReplyDelete
  3. TQ kakani.
    bia anak jauh menangis , rasa nak terbang jumpa dia.tapi jauh .
    sabar je lah dan doa agar dia tabah.

    ReplyDelete
  4. ain masih dlm proses peralihan...insyaalah lepas ni harapnya dia dpt adapt dgn suasana baru ni. Sayang sekali kalau tinggalkan sekolah sebagus tu. Tapi kalau dia ttetap dgn keputusannya, akak sebagai ibu kena sokong dia jugak kan!

    p/s: lamaaaa sgt tak singgah sini sbb saya pun jarang sgt update blog. Apa2 semoga ukhwah maya tetap terjalin :-)

    ReplyDelete
  5. Salam Nieda...mmg itulah dugaan yang berat..berpisah dengan anak anak...Nekcik rasa gitulah masa anak sulung sambung matriks kat perlis...bukan tktan 4..setahun sampai 6 kali ke sana...ada masa naik train..ada masa nnaik flight...sampaikan habis matrik..nekcik suruh mintak UKM..choice 1 sampai 8 UKM..lepas tu baru UITM!!!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Nieda. Anak sy dpt sbpi tp dia mmg berkeras tak nak pegi, so duduk lah kat umah ni.... huhuhu.... ramai yg menasihati sy supaya jgn memaksa tp puas gak memujuk ni. tak jln nmpk nya pujuk dan nasihat.... hahahah

    ReplyDelete
  7. assalam nieda..rmai yang mengalamai macam ni nieda..memang hati mita ikut sama luruh dibuatnya

    ReplyDelete
  8. doakan ain berjaya dekat sini ye mak :)kalau senang dtg lah jenguk hee

    ReplyDelete