11 June 2013

UMRAH 2

Tak tahulah berapa kali entry pasal umrah nak kena publish.
Ni baru masuk 2....baru cerita tentang perjalanan. Tempat yang nak dituju belum sampai lagi.
Jauh , sehari perjalanan baru sampai. Dari pagi jumpa  pagi balik baru sampai ke hotel.

Umrah kami ialah dari KL ke Madinah kemudian baru ke Mekah.

Punya teringin nak duduk tepi tingkap . Tup, tup dapat duduk tepi sayap.
Berangan nak ambil gambar awan dan pemandangan dari udara tinggal mimpi saja sebab sayap kapal terbang yang kami naik ni sangat besar dan lebar sampai menutup pandangan . Alahai ...sedihnya.
Selepas ni asyik dapat kerusi tengah saja. Tak berpeluang langsung nak tengok keluar tingkap yang nampak  hanya sayap kapal terbang yang besar tu saja...Ah , pasrah sajalah.

Tepi tingkap tengok sayap dia saja.


Dari tingkap, snap airport Dubai yang besar, cantik , dan bersih .
Dalam tandas pun cantik, ada gambar besar sebagai hiasan.


Perjalanan yang panjang dari KLIA ke Dubai, kami di jamu 2 kali hidangan. 
Setiap kali mesti ada roti dan biskut selain makana utama. 
Licin je....asyik makan dan makan.Tak terasa perjalanan yang panjang dalam flight  tau-tau dah sampai Dubai. Tapi masa balik.....tidur , makan, tidur, makan. Nak buka mata pun tak larat. 
Agaknya letih kut.

Shop di dalam airport Dubai . Ada repika pokok tamar.
Transit sekejap di sini dan sempat solat Subuh.

Dah sampai Jeddah. 
Pakat angkut bag ke bas yang menunggu untuk bertolak ke Madinah.
Perjalanan Jeddah ke Madinah memakan masa lebih kurang 8 jam.

Kalau Jeddah ke Mekah dekat sikit dalam 2 jam perjalanan dengan bas.
Kami juga dibawa berziarah ke Jeddah semasa di Mekah.Nanti akan diceritakan 
dalam entry yang akan datang.


Pandangan hadapan airport Jeddah dari pintu keluar.

Surau pertama kami singgah untuk bersolat jamak Zuhur dan Asar sebelum tiba di Madinah.
Lepas solat terus makan tengahari.

Hidangan pertama nasi Arab di bumi Arab. Teruja dapat merasa nasi Arab ni. 
Bila dah lapar , berselera sungguh kami makan. 
Makanan ni ditanggung oleh ketua rombongan.

Kelihatan sepanjang perjalanan dari Jeddah ke Madinah.
Tiada pokok di sepanjang perjalanan. 
Kering , tandus dan berdebu.


Jalanraya besar kiri dan kanan namun sempadan diantara kedua hala  hanyalah besi-besi kecil saja.


Bangunan kedai-kedai.
Semakin hampir nak sampai ke  Madinah.
Masa ni hati semakin berdebar-debar ....mimpi semakin nyata.
Alhamdullillah. 
Perasaan , macam tak percaya sampai juga aku ke tempat suci ini.


Ini bilik kami di Madinah .
Menginap di Madinah Manezeli . 
Betul-betul berhadapan pintu masuk ke Masjid Nabawi ikut gate 5. 
Dekat ....hanya berjalan kaki saja .

Dari tingkap bilik boleh nampak orang berduyun-duyun menuju ke masjid . Itu tandanya dah dekat nak masuk waktu solat. Kalau lambat kena solat di kaki limalah jawabnya.

Selaian itu banyak kedai di bawah hotel. 
Senang nak beli barang. 
Tamar , tasbih , jubah dan macam-macam ada.


Sebalik langsir tu tempat saya jemur pakaian. Guna hanger saja. 
Sejam dua dah kering sebab cuaca panas dan kering.

Buka tingkap terasa bahang haba macam bubuh muka tepi oven.
Tapi boleh saja kita laluinya .
Tapi mulut sentiasa berdoa supaya dipermudahkan urusan nak beribadat di sana. 
In Sya Allah mudahlah jadinya.

Mudah-mudah cerita panjang ini tidak menjemukan .
Nantikan kisah saya ke Raudah seorang diri.




6 comments:

  1. mencabarkan waktu masuk ke raudah...tp ada je ruang unk solat sunat...alhamdulillah.
    rinduuuu sgt

    ReplyDelete
  2. catatan satu perjalanan yg indah tak kan jemu dibaca akak. Teruskan berkongsi sampai abis yea :-)

    ReplyDelete
  3. patutlah sunyi je...rupanya akak ke tanah suci...Alhamdulillah...seronok saya baca kak...cepat2 sambung ye...harap2 saya pun dapat jejakkan kaki ke sana...

    ReplyDelete
  4. Mengimbau kembali kenangan semasa kak Zai ke sana dulu...

    Memang tak akan jemu.

    ReplyDelete
  5. asslam nieda...seronok..baca pengalaman nieda

    ReplyDelete
  6. seronok baca kak.. terasa sy kat sana jugak :')

    ReplyDelete