12 June 2013

Umrah 3- Masjid Nabawi ,Masjid Quba dan Ladang Kurma.

Malam pertama sampai di Madinah kami suami isteri menuju ke Masjid Nabawi untuk solat Maghrib dan Isyak. Menonong saja kami berdua . Dalam hati tak sabar rasanya nak bersolat di masjid suci ini.

Tak nampak jemaah wanita pun tapi kami terus melangkah. Dalam hati dah rasa tak betul ni....Semua jemaah lelaki .

Kemudian bila sampai kat pintu masuk ada sorang polis yang bertugas bagi tahu " Hajah gate 25 and 29" . Tapi kami tak tau kat mana. Maknanya pintu masuk wanita ialah pintu 25  dan 29. Suami saya menghantar saya sampai ke kawasan jemaah wanita.Lepas tu kami berpisah membawa haluan sendiri.

Masjid Nabawi ini mengkhaskan kawasan solat wanita dan lelaki tak seperti Masjidil Haram di Mekah yang lebih longgar undang-undangnya. Di sini kamera dan handfhone canggih tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid. Nak bawa masuk pandai-pandailah sorok.

Di pintu masuk ada polis wanita yang berpakaian serba hitam (jubah) yang akan memeriksa kita . Kalau nak mudah buka siap-siap beg sandang yang kita bawa. Dia tak  akan raba dah badan kita dan lepas masuk begitu sahaja. Padahal ada je kamera comel kat dalam beg saya tu!


Suasana malam di Masjiid Nabawi.
Sejuk dan mendamaikan dengan tiupan angin sekali-sekala.

Payung  ditutup waktu malam dan dibuka pada siang hari.

Paip air zam-zam. 
Boleh minum sesuka hati. 
Nak isi dalam botol bawa balik hotel pun orang tak marah.


Di bawah ini cerita hari kedua kami di Madinah pula.

Selepas sarapan pagi kami di bawa menaiki bas untuk ziarah pertama di sekitar kota Madinah.Tempat pertama kami dibawa ialah ke Masjid Quba.

Istimewanya masjid ini ialah jika berwuduk dari hotel dan bersolat sunat dua rakaat di sini , pahalanya seperti mengerjakan umrah. Besar pahalanya.
Selain itu ambillah kesempatan untuk bersolat Duha juga (sebab waktu ini pagi boleh buat sunat Duha).
Disamping banyakkan berdoa.




Dah selesai solat bergambar dulu sambil tunggu ahli rombongan yang lain..
Masjid ini dua tingkat. 
Kami solat di tingkat atas sebab di bawah dah penuh.


Ahli rombongan kami.
Bila dah 2 minggu bersama terasa mesra macam saudara sendiri.

Tugu yang ada di situ. 
Tugu ??

Masjid ini juga dikelilingi dengan lot-lot kedai menjual kurma , kekacang , dan barang -barang biasa yang orang beli semasa ke Mekah.

Tepi pokok kurma tu ada jual jam.

Semua kedai penuh. Yang bestnya, tauke kedai ni bagi rasa dulu.
HALAL katanya sambil sua coklat ,  kurma dan sebagainya.

Di sini coklat adalah yang paling murah dijual . Sekilo RM 20 .
Tempat lain tak jumpa dah harga ini.Kalau nak beli coklat , belilah di Masjid Quba.

Dari Masjid Quba kami menuju ke Ladang Kurma.Kecil je pun kawasannya. 
Sebenarnya sebuah kedai kecil yang dikelilingi dengan pokok kurma dan kedainya di tengah-tengah.

Kalau nak memborong lebih baik ke Pasar kurma , lebih murah.


Lihatlah orang ramai membeli , cashiernya tak ramai.
Nak cepat sediakan duit cukup-cukup untuk barang yang kita beli .
Nak tunggu .....lambat sungguh dengan panasnya , dan berhimpit-himpit lagi.

Tapi harganya adalah mahal dari kedai biasa.
Apa tah lagi  jika nak bandingkan dengan Pasar Kurma.Beza harga bukan seringit dua tapi sampai 10 riyal atau  mungkin lebih.


Kismis yang saya beli 25 riyal bila beli  di kedai dekat hotel baru 15 riyal.

Setakat nak pergi tengok apa salahnya.

Kami tak membeli beria sangat kat sini.


Nak juga bergambar dengan buah kurma sedang putik kat belakang tu. 
Nampak tak di hujung kepala ?

Di sini ada diberi minuman teh  percuma. Tapi masa kami sampai dah habis. 
Tak ada rezeki.

Bila dah terjumpa buah zuriat (pesanan orang) terus saja saya beli takut tak jumpa di tempat lain. 
5 biji 10 riyal .
Rupa-rupanya di Jabal Uhud lagi murah.

Den terkeno.




7 comments:

  1. As Salam akk..sye suke je bc n3 akk pasal umrah ni..jdk x kisah la brp bnyk n3 nk tulis..hehhe..seronok je tgk..pic akk..hrp sye leh bwk mak sye thn dpn insya ALLAH..jgn lupa smabungan seterusnye ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sally, ini yg buat berkobar2 nak sambung cerita

      Delete
  2. assalam nieda..masa adik aik pergi pun dia membeli di madinah,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di madinah buah lagi cantik dan bayak pilihan kedai nak membeli khasnya di pasar kurma yg lebih murah.

      Delete
  3. Subhanallah...besarnya ganjaran solat sunat kat Masjid Quba tu...Saya berdoa semoga saya & isteri di panjangkan umur, murah rezeki dpt beribadat di situ selain di Masjidil Haram & Masjdil Nabawi...

    Memang kena byk baca blog orang la kalau saya nak buat umrah, tahu kat mana murah, kat mana mahal...hihhihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....info yg saya ingin kongsi dengan anda semua.

      Delete
  4. subhannallah..besarnya ganjaran bersolat sunat kat masjid quba tu..semoga adalah rezeki ke sana nanti..

    ReplyDelete