Rombongan kami akan bertolak pukul 2 petang pada hari Sabtu, 25 Mei 2013. Sebelah pagi sudah diingatkan supaya membuat ziarah selamat tinggal di Masjid Nabawi. bagi yang uzur cukuplah setakat berdoa di hadapan Makam nabi yang berkubah hijau.
Sebelum berangkat ke Madinah , sebelah pagi saya berjalan mencari kurma bagi menambah sikit lagi buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia.
Mula-mula tak berhajat pun nak ke Pasar Kurma, setakat nak beli di kedai berhampiran hotel sahaja.
Tapi bila ke situ, kedai tak buka lagi, apa lagi kaki terus berjalan sehingga ternampak pasar kurma yang dah dekat sangat.
Sebenarnya lokasi Pasar kurma adalah bertentangan dengan hotel kami. saya kena melintas jalan untuk ke menuju ke sana.Namun dari hotel laluannya adalah selari sehingga terjumpa jambatan di tengah jalan raya di situ.
Kurma Ambar , kurma yang bersaiz besar .
60 riyal sekilo.
Kurma Nabi, 80 riyal sekilo.
Saya beli Ambar, buah tin dan buah kelempung (buah yang ada biji kecil-kecil di dalamnya).
Kat Malaysia , buah ni banyak hidup ditepi sungai , buahnya jatuh ke dalam sungai saja.
Suasana dalam kedai kurma.
Harganya kurang banyak kalau nak banding dengan di Ladang Kurma.
Kawasan berdoa di hadapan Makam Nabi di bahagian luar.
Sedih dan hiba rasa hati.
Bila pula peluang dijemput ke sini semula.
Selepas buat ziarah terakhir , saya ke sini untuk wakafkan Alquran.
Penjual tu yang akan hantar AlQuran yang diwakafkan ke dalam masjid.
Kalau nak cari tempat wakaf lokasinya di depan masjid Nabawi.
Berhadapan dengan jam besar.Macam dalam entry saya DI SINI.
Tujuan saya , supaya sesiapa yang berhajat nanti senang nak cari.
Sedangkan saya , sehingga dah dekat nak ke Mekah baru terjumpa tempatnya.Nasib baik sempat. Kalau tidak terkilan juga rasa hati..
Pusing belakang dari tempat wakaf tadi, tu dia.....jualan lungguk
harga adalah sangat murah.Kedai-kedai pun ada .
Tapi memilih yang lungguk itu pun tak habis pusing sampai ke hujung jalan sana.
Baju, jubah, kopiah , macam-macam ada .
Masa tunggu bas untuk bertolak ke Mekah sampai baru terasa nak ambil gambar ruang menunggu hotel.
Pak gad muda tu , comellah pula.
Bahagian kiri ada tempat order minuman.
Dalam perjalanan nanti rombongan akan berniat umrah di Bir Ali.
Bagi saya , dalam keuzuran terasa sedih pula. Datang perasaan kenapalah tak makan ubat bagi delay period aku ni.
Rombongan lain semua masuk masjid untuk bersolat sunat dan berniat...saya hanya menunggu di luar .
Deretan bas membawa jemaah .
Saya menunggu di sini.
Panas tak tahu nak kata tapi berangin.Rasa berbahang muka.
Masing-masing bersiap dengan pakaian ihram.
Dari tempat saya berdiri kelihatan bukit yang tandus berbatu-batu.
Tunjuk arah.
Dah siap .
Menuju ke bas yang menunggu untuk ke Mekah menunaikan umrah pertama.
Kami sampai di Mekah sebelum Asar. Tapi solat dah dijamak asar dan zuhur dalam perjalanan.
Singgah makan sekali . Apa lagi , kami dijamu nasi Arab lagi dengan lauk ayam setengah ekor sorang satu.
Dah tunjuk tak puas hati- nasi Arab.
Ini gambar nasi Arab yang mula-mula kami makan dalam perjalan ke Madinah dulu.
Nasi Arab yang kedua ni pun lebih kurang samalah juga. Tapi di sini ada dua lauk, ayam dan daging kambing.
Dah sampai Mekah
Bilik hotel kami berdua suami isteri .
Bolehlah buat sidai-sidai baju....hehehe.
Peti sejuk
Dari bilik hotel.
Di kejauhan nampak Menara jam - Safa Tower.
Kelihatan kelabu disebabkan debu persekitarannya .Bangunan masjid dalam pembinaan.
Bukan kawasan masjid sahaja yang diruntuhkan tetapi banyak bangunan sehingga beberapa ratus kilometer dari masjid juga sedang diruntuhkan juga.
Dari bilik hotel kami- bangunan sedang dibina.
Sisi yang sama.
Ini juga dari tingkat 3 hotel kami menginap.
Rombongan kami , memulakan umrah pertama selepas waktu Isyak .Mereka dibantu oleh seorang Mutawif dari Indonesia.
Saya hanya berehat di dalam bilik sahaja.
Pukul berapa suami balik pun tak sedar , dah lena.
Letih juga menempuh perjalanan jauh dari Madinah ke Mekah.
Allah Maha Penyayang diberinya cuti maka dapatlah berehat dulu sebelum pulun
mencukupkan umrah sehingga 7 kali.
Esoknya baru tahu dia balik ke bilik dah hampir pukul 2 pagi.
Belum habis lagi cerita umrah. Ini baru 1/3 gambar dari jumlah semua.
Bila nak habis ni ??
Salam Nieda..seronoknya atie baca kisah Nieda di tanah suci!.Klu ada rezeki teringin juga nak ke sana bersama kluarga....InsyaAllah
ReplyDeleteAlhamdulillah.... bila tengok gambar.... rindu muncul lagii
ReplyDeletedalam gambar ni pun dah cukup menggambarkan suasana dekat sana agak panas.. tapi untuk mengerjakan sesuatu yang baik pasti Allah permudahkan :)
ReplyDeleteTanah Haram sentiasa dalam ingatan...sentiasa rindu...
ReplyDelete