Buat Duit

Tuesday, July 30, 2013

Hasil dari Kayu

Semua ini adalah hasil kerja sahabat suami .
Asalnya dia lelaki normal tetapi selepas berlaku kemalangan di tempat kerjanya dia berubah menjadi oarang kurang upaya. 

Selepas kemalangan kaki beliau terpaksa dimasukkan besi sehingga kini.
Cara berjalan sudah bertukar dan terpaksa memakai tongkat.
Akibat umur yang semakin meningkat mata pun semakin kelabu.

Sejak kemalangan itu , dia kehilangan pekerjaan.
Namun dia mendapat bantuan PERKESO . Namun taklah banyak. 
Setakat belanja dapur dua beranak saja. 
Dia dan ibunya.

Dia masih bujang mungkin sebab kecacatan dan taraf ekonomi yang tak menentu menyebabkan jodoh susah nak dapat.

Sekarang dia mengusahakan kayu-kayu untuk dijadikan barang-barang seperti dibawah.
Dia menjual kepada yang berhajat.

Tempat letak kunci .


Ada ukiran .

Rehal.






Penyidai baju.

Penyidai baju emak saya beli yang diletak dalam biliknya.
Ada lima kayu.

Selalu kita nampak 3 kayu saja  di kedai perabut.
Saiznya lebih besar daripada biasa.
Err....saya tak ukur pula tapi banyaklah boleh sidai kain dan baju.

Selain itu ada juga dibuat kotak letak batang joran. 
Benda ini boleh dibawa dalam kereta. 
Orang suka memancing memang sukalah.



Semoga rezekinya bertambah dengan usahanya ini.

10 comments:

  1. assalam nieda..cantik..kalau dekat acik pun nak beli

    ReplyDelete
  2. Cantik Nieda. Saya kalau boleh teringin nak menempah para atau tempat letak mug. Tapi tempah main cakap-cakap camni susah... nanti tak dapat saiz yang betul dan design yang saya mahu.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kalau berminat boleh pm akak. @ tinggal pesan dikotak komen

      Delete
  4. salam berminat dengan penyidai baju. harga?

    ReplyDelete