14 July 2013

Modal sepelengat kuih lapis sahaja

Saya bercadang nak buat kuih koci Sabtu lepas, tapi suami minta buatkan kuih lapis. Jadi saya buatkan sepelengat kecil  kuih lapis berbelang putih , hijau dan merah.

Bila dah masak teringat pada Kak Chah yang selalu menghantar makanan ke rumah kami. Baru-baru ini dia hantar gulai daging, pengat pisang dan pulut.

 Bestnya makan pengat pisang campur pulut ini. Macam orang makan serawa durian dengan pulut juga lebih kurang.

Sebekas kuih saya hantar ke rumahnya beserta  sambal tumis petai dengan udang  untuk mereka berbuka. Kena pergi dengan kereta atau dengan motor. Kalau nak berjalan jauh juga.

Di rumah Kak Chah, dia balas dengan seikat bubur lambuk, 2 biji kelapa muda,  2,3 batang keladi yang belum dimasak dan saya petik limau kasturi seplastik.

Begitulah kalau ke rumah dia , tak pulang dengan tangan kosong. Kadang-kadang malu juga , modal sikit saja (kuih lapis secoet je pun) tapi macam-macam yang dia bagi.

Sepiring lagi , bagi jiran sebelah .Dia balas dengan agar-agar pandan pula.

Hari tu banyaklah makanan kami  untuk berbuka.



7 comments:

  1. HEHE.TUAN RUMAH MESTI KEMBANG HATI BILA NIEDA DTG
    SESEKALI APA SALAHNYA,MMG RASA MALU TP KALAU SY PUN SUKA DPT BAGI SESUATU KAT ORG

    HANTAR KUEH SEMANGKUK UMAH SAYA,NNTI DPT PISANG SESIKAT,ADA BERANI.HIHI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh sgt Irfa....kalau dekat apa salahnya dapat pisang sesikat

      Delete
  2. assalam nieda..teringat zaman acik dok quaters di tanjung karang dulu..bulan puasa atu tidak..selalu bertukar2 juadah..seronok..dan rindu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau selalu bertukar juadah, mesranya lain antara jiran kita.

      Delete
  3. Acara ngantar mengantar dan balas membalas ni dah berkurangan Nieda... lagi-lagilah duk tengah2 bandar ni sebab kebanyakkannya sume beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiran sebelah rumah tu , unjuk piring kut pintu belakang saja

      Delete
  4. Murah rezeki bulan puasa ni :D

    ReplyDelete