Di dalam masjid Istiqlal.
Ruang solat, tidak ada sekatan untuk jemaah lelaki dan wanita (kebanyakkan masjid dan musolla di sana bercampur. Kalau ruang kecil tentu tak selesa nak bersolat bercampur jantina).
Istiqlal ialah Masjid yang terbesar di Indonesia. Bila masuk ke dalam boleh tersesat di buatnya.
Pengalaman pertama singgah di sini pada tahun 2009 dulu.
Seperti kebiasaan jika singgah di masjid , tandaslah yang dicari dulu.
Mungkin saya tak nampak tanda arah , saya menonong menuju ke tandas kaum pria.
Perjalanan yang lama di dalam bas juga salah satu sebab untuk cepat-cepat mencari tandas .
Tambahan pula saya membawa Shauqi anak kecil yang masa tu belum pun mencapai usia dua tahun untuk mandikannya sekali.
Saya tak perasan sehingga saya berkunjung pada kali kedua pada tahun berikutnya baru saya tahu saya sudah tersilap masuk tandas.
Tandasnya banyak , dari hujung ke hujungnya panjang jenuh nak kira. Tiada juga berselisih dengan orang lelaki keluar masuk. Jadi masa tu tiada keraguan teriap masuk .
Selesai apa yang patut baru kami menuju ke ruang solat pulat.
Ruang legar .
Ini cerita tahun 2010 pula.
Sebelum bersolat , tabiat saya nak buka kain / seluar .
Saya pandang kiri kanan nampak macam tak ada orang di sebalik tiang-tiang besar di ruang legar seperti gambar di atas.
Ruang terbuka dan bercampur lelaki dan wanita menyukarkan saya. saya pun mencari tempat yang sesuai disebalik tiang besar yang banyak di situ.
Lalu saya pun mula nak melondeh , tiba-tiba mata saya terpandang nun dihujung sana ada pak gat sedang memerhati.
Nasib baik, belum terlondeh lagi !!
Tiang-tiang itu tidak selamat rupanya....
Ruang solatnya dibahagian atas. Kita kena mendaki tanga untuk menuju ke tempat bersolat yang luas.
Masjid ini juga tiada kipas angin , kerana masjid ini tiada pintu.Angin sejuk akan masuk dan terasa nyaman sebab ruang ini berada di tempat tinggi.
Kredit gambar untuk wiranurmansyah.
ms ke sn x sempat nk sggh masjid ni...
ReplyDeleteteringat masa memula pegi sini .. mmg sangat best. besar batul. tak ada sekatan antara lelaki n perempuan. main lara' je kat situ..
ReplyDeleteheee...suka londeh kain nak solat, rupa2nya ada orang dok memerhati, lucu..
ReplyDeleteamboiii pok gad tu!!!!!!
ReplyDeleteHe..he..he nasib baik belum terlondeh Nieda... Agak-agaknya apalah dalam fikiran pak guard tu ya!
ReplyDeletepenah jugak singgah di Masjid nie dulu masa travel ke Jakarta...memang besar..Masyaallah !
ReplyDeletesangat besar dan bertingkat2
Delete