Kapal Korek
3 hari berulang alik dari rumah ke Kamunting , teringat masa kecil dulu ada sebuah kapal korek bijih timah di lombong tinggal di situ.
Boleh nampak dari arah kiri menuju ke Pekan Kamunting. Namun sekarang tempat itu dah membangun tak ada lombong bijih lagi. Naik segala rumah dan bangunan.
Dulu , Kamunting tak ada apa .Nak berurusan dan membeli belah kena terus ke bandar Taiping. Sekarang ini Kamunting lebih meriah dari Taiping pula. Pukul 8malam Taiping dah mati. Kedai-kedai dah tutup kecuali pasaraya besar.
Tapi.................
Kamunting sampai 10 malam , kedai-kedai masih berniaga.
Mengikut sejarah dulu Taiping dan Kamunting ini tempat kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin.
Mungkin kesan dahulu kala menyebabkan peniaga menutup awal permis mereka.
Anak-anak tengok gambar sahajalah.
Ketahuilah Kamunting merupakan pengeluar bijih timah dunia suatu masa dulu yang kini hanya tinggal nama sahaja.
Saya kenal Kamunting masa belajar di Taiping dulu..
ReplyDeleteTak pernah sampai Kamunting Nieda.
ReplyDelete