25 October 2013

Minggu ini minggu kes bunuh.



Apa yang dapat dikata bila orang yang tersayang  telah pergi untuk selama - lamanya. Hancur luluh hati tak dapat dibayangkan lagi.

Malam tadi ada bersama , tidur sekali makan semeja. Tiba-tiba malam ini tiada berteman ....aduhai . Bantal dan selimut buat peneman pengubat rindu kut-kut masih ada bau orang yang tersayang.

Mak saya kata , kalau kita tunggu orang yang hidup pergi akhirnya dia akan kembali . Cepat atau lambat sahaja bezanya. Tapi kalau berpisah nyawa , akhirat kelaklah dapat berjumpa kalau diizinkanNya.

Sedih melihat kes bunuh pegawai bank yang mati ditembak semalam. Sungguh tragis sekali. Kenapalah dia yang terkena sedangkan ada lagi pegawai lain bersama. Sudah tersurat nyawanya setakat itu.

Apa perasaan si isteri bila ditanya " abang sayangkan saya tak?" tapi suami mendiamkan saja.

Ada lelaki yang sukar meluahkan perasaan hatinya . Tak semua suami yang sentiasa menunjukkan kasih sayang  dan romantik tapi jauh dihatinya mengasihi isteri kalau tak , takkan dia berpesan memandu elok-elok  untuk pulang ke rumah (masa tu hujan).

Biarlah semasa hayat hargailah pasangan masing-masing . 

Jika kita  atau dia  pergi dulu ,yang tinggal hanya kenangan untuk diingati oleh pasangan masing-masing.

AlFatihah.




 

4 comments:

  1. dear Nieda, It was a frightening thing to think that cn happen in our very Malysia tercinta..nampaknya Malaysia dh kalahkan bnyak ngara dlm bab ni...people desperate for money..those up there kena pikir la what to do .bila semua org dh cukup makan mgkin jenayah kurang.

    ReplyDelete
  2. al fatihah untuk arwah. kasihan melihat mereka yang ditinggalkan:-))

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah..

    Saya mmg sebak...sayu tgk gambar dan videonya

    ReplyDelete