Setiap negara yang dilawati tentu mempunyai sesuatu kelebihan atau pertama kali kita dapat melihatnya yang tiada di negara kita sendiri..
Namun hujan emas di negeri orang ....akhirnya teringat juga rumah sendiri.
Chiangmai ialah negara yang menjadi impian saya memandangkan suami dah masuk tiga kali sampai
ke sana ....si isteri tak pergi-pergi lagi.
Kami booking tiket seawal Januari 2012 lagi. Punya lama menanam impian .
Dekat setahun baru angan-angan tercapai .....huhuhu.
Sebelah malam di Chiangmai , kami keluar untuk dinner dan singgah di Anusan Night Market .
Dinner di Restoren Roumit di Chiangmai.
Masa di Mea Sai juga kami makan di cawangannya.
Dah kenyang baru boleh jalan-jalan ......ke Anusan Night Market.
Kaum karen kalau tak silap.
Proses buat ais krim pisang.
Sebenarnya ada pelbagai rasa dan perisa yang dijual tetapi masa saya lihat ini penjual sedang membuat ais krim pisang.
Mula-mula dia tuang cecair coklat dan dimasukkan sebiji pisang dan ditekan-tekan sehingga hancur dan bersatu dengan cecair coklat yang sedang membeku. Proses kaup balik diulang-ulang supaya ais krim menjadi gebu.
Proses berulang-ulang sampai sebiji pisang dah hilang dalam ais krim.
Dulang yang besar tu sejuk sampai keluar salji di sekelilingnya.
Kalau kat Malaysia macam pan bakar burger.
Beratur nak beli ais krim...tak beli pong.
Jamu mata saja.
Terapi ikan....kami tengok saja tak joint.
30 baht seorang.
Geli ai....
Bunga hiasan yang berlampu ....kreatifnya depa.
Pokok krismas ...eh ! lampu krismas.
Untung jadi anak bungsu......ada abang tolong kendong.
Di Pasar Anusan juga ada pondan-pondan berkeliaran dengan busana cantik. Ada orang ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama.
Saya tak pasti sama ada mereka mengutip duit dengan cara begitu atau tidak...
Memang cantik dan bergetah .
Saya tidak bersopping apa-apa di maalam pertama di Anusan Market ...simpan duit nak berbelanja di Myanmar nanti . Lagi lagi lagi murah berganda dari sini. Di sini adalah tumpuan pelancong terutama mat saleh jadi harga sedikit mahal.
Cuma mak dan anak gadis saya membeli beberapa helai shawl yang berharga 100 baht sebagai kenangan.
Pondan cantik bergetah.. oh tidakkk.. :P
ReplyDeleteoh barang2 di Mymmar lagi murah ker.. baru tahu ..
Yap ....memang betul kalau pergi sana bawa duit banyak2 .
Deletesyioknyer.. ooo kalau gitu sini cuci matajerler.. barang2nyer samaker kot idak nyesal tak belikan...
ReplyDeleteentah ...... masa ni tak ke Myanmar lagi. Lps ke sana baru boleh sopping sakan
Deletemak aihh. smpai 3kali dah husby awak pegi sana erk. syoknya dia jenjalan.
ReplyDeleteMacam sedap jea bunyiinya ais krim pisang. hehehheee
tu la...mana boleh tengok je . nak pergi juga angkut semua anak2 sekali kali ini
Deletejangan mengidam aiskrim pisang sudah Nina oi ! nanti susah abang awak nak cari .
ReplyDeleteeskrim derian ada..?
ReplyDeleteNekcik dulu duduk kat hotel suriwongsee tepi night market....pukul 4 petang da mula...waa seronok baca entri Nieda ni
ReplyDeleteNekcik dulu duduk kat hotel suriwongsee tepi night market....pukul 4 petang da mula...waa seronok baca entri Nieda ni
ReplyDelete