Detik-detik ke penghujung sebelum kami menamatkan percutian di utara Thai hujung tahun lepas.
Aktiviti terakhir sebelum menuju ke lapangan terbang.
Sebetulnya , rasa gembira bercuti bersama keluarga walaupun pada awalnya
macam nak patah balik ke Malaysia .
Semasa di sana juga tidak ada perkara yang tidak diingini yang berlaku.
Alhamdullillah.
Entry ini saya rangkumkan sekali gambar-gambar terakhir di sana.
Jadi panjang sikit ceritanya.
Pemandangan dalam perjalanan ke puncak Doi Poi.
Pemandu kami yang baik hati tu berhentikan van walaupun dah terlajak sikit dari lokasi ini semata-mata untuk kami bergambar .
Lokasi untuk bercable car.
Kami tak berhenti .Tapi di sini memang ramai orang. Di sini juga lokasi yang boleh sampai dengan bas.
Selepas dari sini bas dah tak boleh lalu sebab jalan dah sempit dan kawasan di tanah tinggi menuju ke Doi Poi.
Orang yang nak naik cable car.
Mesti menarik juga ni tapi kami tak sempat mengejar masa.
Pandangan dalam perjalanan ke DoiPoi.
Satu lagi .
Gambar keluarga .
Dibelakang adalah pemandangan bandar Chiangmai dari puncak tapi tak nampak jelas terlindung dengan body-body kami.
Airport Chiangmai .
Kami dalam perjalanan dari Chiangmai ke Hadyai di hari terakhir. Kembara
6 Hari 5 malam di bumi Siam.
Van patah balik ke hotel untuk mengambil beg-beg kami yang beranak pinak di hotel .Dekat saja , tak sampai 3o minit van pun dah sampai balik ke airport semula.
Masa ni maktok susah hati beg telekung dia tertinggal dalam van. Nasib baik van nak datang balik hantar beg pakaian kami yang tak muat van tu.
Tulis nama ya....
Selepas tu kami mencari tandas dan bersolat jamak.Bilik solat di
Airport Chiang Mai ini sangat selesa tapi mix untuk jemaah lelaki dan wanita.
Di dalamnya disediakan tempat wuduk sekali.
dah masuk dan menggunakannya silalah tulis nama di dalam buku yang disediakan seperti dalam gambar di atas.
tiada orang, kami sajalah.
Tingkat atas , senang nak cari dekat tangga selepas pintu masuk .
Ronda-ronda di dalamnya terjumpa panda . Apa lagi ....bergambarlah sekejap.
Kedai cenderamata.
Bila travel dengan anak-anak mak tak berpeluang dok tepi tingkap.
Pagi esoknya di Hadyai ke pasar pagi sebelum balik ke Malaysia.
Masa ini terjumpa kedai beras . Ada pulut susu, beras nasi dagang dan semua jenis beras ada. tapi tauke cina Alor Star. Speking utaralah kami.
Bas dah sampai. Lokasi dia depan Lee Gardens yang kena bom dulu.tapi sekarang dah beroperasi semula.
Bas bertolak pukul 9 .30 pagi . Pukul 10.30 pagi pun ada. Sejam sekali kut.
satu saja yang tak best naik bas , bas berhenti makan di kedai non Muslim untuk makan tengahari di Changloon. Memang tempat bas berhenti rasanya kedai besar . Ada tandas , surau , money changer (untung tukar kat sini )tapi makanan halal saja tak ada. Lebih baik beli siap-siap dan makan atas bas.
Kami makan jagung rebus saja beli di sempadan Bukit Kayu Hitam.
Bas selesa dengan 3 kerusi sebaris dan luas tempat duduknya.
Boleh tengok movie dan dengar lagu.
Kami sampai di terminal Kosurtium Kamunting jam 2 petang.
Tiket yang dibeli awal Januari ....setahun menunggu untuk bercuti.
Tahun 2014 tak tahu nak ke mana lagi.
No idea.
Wow best nya.... yg penting slmt pegi dan blk
ReplyDeletewahh bestnye bercuti...! =D
ReplyDeletesyioknyer yerk... ralat gak tak naik cable car yerk.. tapi masa tak menizinkan...
ReplyDeleteseronok menikmati pemandangan indah yerk...
naik baspun best gak.. yerler kedai yang rata2 bas singgah di Changloon tu memang kedai non muslimtu yerk...
nasib dah tau yerk siap2 bawak bekal... tapi memang nampak selesa bastu..
seronok ye nieda..setiap tahun ada perancangan cuti bersama keluarga
ReplyDeleteAs salam. memang seronok bercuti lebih2 lagi dengan family. kalau dapat perturunkan kos menggunakan agent untuk groun tour dan juga contact nbr untuk rujukan pembaca amat molek sekali untuk setiap destinasi.
ReplyDelete