Buat Duit

Thursday, January 9, 2014

Measa Elephant Camp, Chiangmai.

Hari ini hari terakhir di Chiangmai tapi kami kena cover 3 tempat lawatan sebelum terbang pulang.
Namun hari terakhir yang sangat puas hati sebab boleh sampai sehingga  ke Doi Poi kawasan tanah tinggi lebih 1003 meter dari paras laut.

Pagi ni tak sarapan , terus ke tempat gajah ni. Kami singgah beli roti dan minuman di kedai 7 Eleven dalam perjalanan ke Measa Elephant Camp. 

Rupanya bukan saja gajah yang boleh kita tengok di kawasan Measa ini, tetapi binatang-binatang lain juga ada untuk dilawati seperti  rama-rama , harimau dan ular, yang dibuat camp khas terletak di sepanjang jalan ke tempat show gajah ini.

Sebelah kanan jalan ada ladang bunga matahari yang luas. Ada yang sedang berbunga ada yang dah botak.
Bunga-bunga dia besar-besar tengah menguning.

Pertunjukkan bermula pada 10.30 pagi. Bila kami sampai elok-elok duduk saja show pun bermula.
Bayaran masuk dalam RM 20 seorang.

Pintu masuk .

Pertunjukkan gajah baru nak start. 
Ada banyak show sebenarnya, ada gajah main bola, angkat kayu , pijak orang (ala-megurut ja), melukis.

Pecahkan belon  gajah vs manusia.
Si adik baju oren tu lagi hebat dari si abang pecahkan belon.
Ayah kat belakang asyik dok tepuk tangan bila anak berjaya pecahkan belon.



Kelihatan gajah membawa orang di belakang sana.

Kami tak ambil pakej menunggang gajah sebab nak kejar masa.
Hanya tengok show gajah saja tu pun lama juga. Kalau naik gajah 1jam lebih . Naik gajah
 RM80  for 2.

Gajah main bola .


Bila gajah berjaya buat sesuatu dia tunduk hormat dan angkat kaki sebelah  kat penonton dan semua orang bertepuk tangan.



Bila show dah habis, gajah pergi dekat audiens. Masa ini ada yang bagi duit dan ada yang bagi pisang . Pisang dijual sesikat RM4 .
Ada juga yang nak pegang belalai gajah.

Beratur  nak ambil gambar kat sini.
Kena tunggu giliran tau..macam kat Tangkuban Perahu pula.
Masa ni pertunjukkan dah habis , jadi ramai yang keluar dari show berhenti nak bergambar.

Hasil lukisan gajah. Mahal tau....
Gambar pemandangan tu 6000bath(RM600) dan di sebelahnya 2000 bath.


Gajah  sedang mandi.


Tempat duduk bertingkat .


Gajah tu golek-golekkan punggung saja kendian dia langkah.

Dah kena belit dengan belalai gajah...tapi sporting makcik ni gelak-gelak saja.
Kalau sayalah mesti dah kecut perut.

Ada juga kedai  jual cenderamata ....semua tentang gajah.


Dok depan sekali.

Yang ni pun RM 200.....gajah lukis.
Masa melukis tuan dia dah siap-siap letak warna dan berus dimasukkan ke dalam belalai gajah.
Eh ....rasa ngilu la pula.



Ini show apa pula tah ?

Pakcik dan makcik Jepun ni dah nak habis trakking dengan gajah.

 
Tempat pertunjukkan gajah tu kena panjat bukit  tapi adalah tangga dibina. Mengah juga . Dahlah dok berebut dengan orang ramai yang sama-sama nak ke situ. Nak cop tempat yang best .

Laluan menuju ke pertunjukkan gajah.
Di bawah tu, ada sungai gajah dok mandi.

Lepas masuk dah jumpa orang jual cenderahati.
Tak beli pun.

Ambil peluang bermesra dengan gajah.

Shauqi pun beli pisang suap kat gajah.
Tak sempat nak ambil gambar dia tengah posing.

Bijak sungguh orang yang latih gajah ni. Semua dengar kata ...hihihi.

Tapi yang tak bestnya , masa nak keluar rasa nak ke tandas . Sejuk , nak terkuncil saja .

 Beratur  punya lama sebab orang ramai (lepas show) tapi bila masuk tandas  tak ada air pula . Walau pun bawa botol air tapi tak sedap pula sebab pakaian tulah yang akan pakai seharian  sampai terbang balik  . Nanti nak solat susah pula.  Nasib baik lepas di sini ke Tiger Kingdom.   Melepas kat situlah.

Jangan lepaskan peluang datang ke sini jika  anda datang ke Chiang Mai.





5 comments:

  1. Teruja pulak kak Zai nak pergi, macam seronok.

    ReplyDelete
  2. best sgt kak zai....org malaysia pun ada di sana tapi tak seramai di Vietnam.

    ReplyDelete
  3. akak ari tu naik gajah di Phuket. tobat dik non oiii.. seremm.. dia lalu terpi gaung.. macam nak mati akak naik gajah tu.. scaryyy..

    ReplyDelete
  4. kak yan , kami tak naik tak sempat....

    ReplyDelete
  5. best kan kat sini...tp yang x best tetiba masa nak balik tgok2 ada gambar kita di jual..ntah masa bila dia amik pun x tau..hehehehe...kena la beli...ala x mahal...duit kita rm10 jer...tp SA takut giler naik gajah....seriau...

    ReplyDelete